Home » » Bersih sokong Himpunan Pekerja 1 May

Bersih sokong Himpunan Pekerja 1 May



‎LAMA sebelum tercetusnya himpunan-himpunan BERSIH, sudah wujud himpunan Hari Pekerja yang berterusan tahun ini seperti biasa pada Hari Pekerja Sedunia, 1 Mei.

BERSIH 2.0 menyokong penuh himpunan Hari Pekerja yang akan datang, yang bertemakan "GST: Gasak Sampai Tumbang", anjuran sekumpulan badan bukan kerajaan dan parti politik di bawah Jawatankuasa Mei 1.

BERSIH 2.0 mengambil kesempatan ini untuk menyatakan solidariti kami bersama para pekerja. Hari Pekerja sudah berkembang daripada satu acara untuk memperingati perjuangan untuk keadaan bekerja yang baik kepada peluang untuk menangani dasar yang mempengaruhi keadaan hidup pekerja, yang turut menjadi kepentingan kepada pengundi seperti anda dan saya.

Ini dapat dilihat dalam rangkuman isu yang meluas yang dibangkitkan oleh Jawatankuasa Mei 1: daripada penentangan terhadap Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan ketidak telusan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik kepada desakan yang lazim untuk hak wanita, Orang Asal dan Orang Asli, pelajar dan pekerja asing serta gaji minima.

Di samping itu, tidak dilupai bahawa pekerja turut merupakan pengundi. Maka himpunan tahun ini juga akan mendesak untuk pilihan raya yang bebas dan adil serta kebebasan asas lain, terutamanya kebebasan media, yang merupakan antara isu teras BERSIH 2.0.

BERSIH 2.0 juga melihat isu yang dibangkitkan oleh Himpunan 1 Mei sebagai manifestasi pilihan raya yang tidak adil yang telah memberi kuasa kepada kerajaan yang tidak mempunyai mandat rakyat. Maka BERSIH 2.0 akan menyertai masyarakat madani yang lain untuk berhimpun pada 1 Mei di KLCC, 2 petang, sebelum berarak ke destinasi rancangan kami - Dataran Merdeka.

Kami menggesa semua orang, sebagai rakyat Malaysia dan sebagai pekerja, supaya turun padang untuk himpunan ini dan mendesak supaya hak pekerja dimajukan.

Kami ingin mengingati pihak berkuasa bahawa kebebasan berhimpun ialah hak yang dijamin di bahawa Perlembagaan Persekutuan dan adalah menjadi tradisi bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia untuk meraikan Hari Pekerja dengan menggunakan hak sejagat ini.

Hidup Pekerja!

Salam BERSIH!

Dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, yang terdiri daripada:

Maria Chin Abdullah (Pengerusi), Dr Farouk Musa (Timbalan Pengerusi), Masjaliza Hamzah (Bendahari), Farhana Halim, New Sin Yew, Jannie Lasimbang (Naib Pengerusi Sabah), Ahmad b. Awang Ali (Naib Pengerusi Sarawak), Abd Halim b. Wan Ismail (Naib Pengerusi Semenanjung Timur), Thomas Fann (Naib Pengerusi Semenanjung Selatan), Simon Lee Ying Wai (Naib Pengerusi Semenanjung Tengah) dan Dato' Dr Toh Kin Woon (Naib Pengerusi Semenanjung Utara).



 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger