Home » » Bencana Banjir: Kuantan Perlu Bantuan, Trip Kedua Bertolak Petang Ini

Bencana Banjir: Kuantan Perlu Bantuan, Trip Kedua Bertolak Petang Ini



Kenyataan Media
5 Disember 2013

Bencana Banjir: Kuantan Perlu Bantuan, Trip Kedua Bertolak Petang Ini

Hujan lebat yang tidak berhenti beberapa hari telah menyebabkan bencana banjir di beberapa negeri di pantai timur dan kawasan selatan tanahair. Daerah Kuantan mencatatkan bencana banjir antara yang terburuk dalam sejarah, kini berada dalam keadaan kritikal dan serba kesulitan. 

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengorak langkah awal dengan menghantar satu misi bantuan lewat malam tadi. Dengan bantuan rakan sekutu pelbagai pihak, hari ini SAMM melancarkan satu lagi misi bantuan penting bagi mengurangkan beban saudara kita di Kuantan. 

Kepada orang ramai yang ingin memberi sumbangan, trip kedua bantuan mangsa banjir Kuantan akan menyusul dengan sebuah trak 3 tan, akan bertolak dari Cheras jam 6.30 petang ini. Bantuan seperti makanan dalam tin, minuman, pakaian terpakai, selimut, lampin pakai buang dan apa jua keperluan asas boleh dihantar ke alamat berikut; 

Alamat: Lot 7, Jalan 16, Kampung Cheras Baru
Penyelaras Misi Bantuan: Ilyana Rosli (019-2314161), Sani Md Shah (012-9781707)
Masa bertolak: 6.30 petang ini

Sumbangan kewangan juga boleh disalurkan ke; 
Akaun Maybank: Solidariti Anak Muda - 5550 4111 3224 (sila maklum melalui sms 012-6937908) 
ATAU Akaun Maybank: Azri Fauzir Mazlan 1620 2103 3077 (sila maklum melalui sms 019-2314161)

SAMM menyeru orang ramai agar sudi memberi sedikit sumbangan yang termampu. Saudara kita di Kuantan amat memerlukan bantuan anda.

Dalam perkembangan sama, SAMM tidak dapat menyembunyikan perasaan terkilan apabila usul tergempar Ahli Parlimen Kuantan supaya kawasan banjir yang terjejas teruk diishtihar darurat tidak mendapat tempat di Parlimen Malaysia. Apakah kerana ia diusulkan oleh MP pembangkang maka ia tidak layak diberi laluan? 

Apalah yang boleh dibuat apabila rakyat Kuantan yang memilih Pakatan Rakyat seolah-olah diberi hukuman. Sedangkan usul tersebut telah mendapat sokongan dari MP penyokong kerajaan namun atas sifat ego dan angkuh, sifat kemanusiaan dipinggirkan malah didapati ada MP yang menyindir hasrat murni MP Kuantan - ini satu sifat kebinatangan.

Sekian

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger