Home » » Kisah macai dan penjual batu nesan

Kisah macai dan penjual batu nesan



SEORANG macai sangat sedih menerima berita kematian ketua kampungnya akibat makan gula secara berlebihan.

"Itulah Tok Ketua, kan menteri dah cakap jangan makan gula banyak sangat, nanti mati! Sebab tu menteri naikkan harga gula!" bisik macai tersebut dalam hatinya.

Macai tersebut diarahkan untuk membeli Batu Nesan di Kedai Pak Din.

Macai: Pak Din bagi saya batu nesan dua!
Pak Din: Nak batu nesan saiz apa?

Macai: Alamak ada saiz pulak, free saiz ade?
Pak Din: Ok!

Macai: Berapa harga ni Pak Din?
Pak Din: Sebatang nesan RM3000, 2 batang RM6000!

Macai: Amboi mahalnya batu nesan ni? Ada emas ke? Minyak naik seliter RM0.20 je takkanlah harga nesan naik sampai beribu-ribu?

Pak Din: Saja aku letak harga mahal, untuk kebaikkan engkau juga, kebaikkan orang kampung.

Macai: Apa maksud Pak Din?

Pak Din: Iyalah, bila aku naikkan harga batu nesan tinggi-tinggi, kuranglah orang meninggal. Tak mampu beli batu nesan jangan mati!

* Cerita rekaan, tiada kaitan dengan individu yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Jika ada persamaan watak ia hanyalah satu kebetulan

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger