Home » » SPR terlibat kalahkan calon KEADILAN - Dr Wan Azizah

SPR terlibat kalahkan calon KEADILAN - Dr Wan Azizah



Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terlibat untuk menewaskan calon KEADILAN dalam pilihan raya umum ke-13.

"SPR memang terlibat untuk kalahkan calon-calon kita. SPR bertanggungjawab untuk beri kita jawapan apa yang berlaku dalam pilihan raya yang lalu.

Ini rompakan (oleh SPR). Mereka ambil dan rampas. PRU-13 masih belum selesai. Kita mesti ambil hak kita balik," katanya pada majlis miunm petang KEADILAN Wilayah Persekutuan di Taman Tasik Perdana, semalam.

Wan Azizah menegaskan, persempadanan semula yang dibuat SPR akan sentiasa memenangkan calon Barisan Nasional.

Beliau turut memberi contoh keputusan parlimen Pekan yang diwakili Datuk Seri Najib Razak pada PRU ke-10 pada 1999 dan PRU ke-13 tahun ini.

Pada pilihan raya umum ke-10 pada 1999, Najib menang dengan hanya majoriti 241 undi, namun meningkat jauh kepada 35,613 undi majoriti pada PRU ke-13.

"Persempadanan semula menjadi masalah. Dia (SPR) pusing-pusing nak kalahkan kita. Ini takkan berubah.

"Teresa Kok (MP Seputeh) menang majoriti lebih 50,000 undi. Kawasan (dimenangi) BN menang hanya ratusan undi. Keduanya masih satu kawasan parlimen. Macam mana nilai undi kita?, soalnya.

"Kita mesti buat sesuatu. Orang Malaysia (jangan) mudah lupa. Lima tahun akan datang baru nak sibuk balik?

"Tak boleh! Kita tak boleh terima penipuan, tegas Dr Wan Azizah.

Sumber: http://www.keadilandaily.com/?p=52934

Sent from my iPhone5


 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger