Home » » Halang guru komen politik tindakan tidak demokratik

Halang guru komen politik tindakan tidak demokratik



.
KENYATAAN Pengarah Pelajaran Johor, Mohd Nor Ghani bahawa guru besar dan guru di negeri itu tidak dibenarkan mengeluarkan kenyataan mengkritik kerajaan di facebook adalah tindakan tidak demokratik.

"Dahulu, golongan inilah yang paling ramai masuk politik. Tujuan mereka hanya mahu berkhidmat untuk masyarakat.

"Namun sekarang jika menyokong dan berpihak kepada Pakatan, ia dihalang. Ini berat sebelah," kata ketua penyelaras Jingga 13, Fariz Musa kepada Keadilandaily.

Semalam, Pengarah Pelajaran Johor, Mohd Nor Ghani dalam sebuah forum pendidikan mengingatkan guru besar dan guru di negeri ini supaya tidak mengeluarkan kenyataan mengkritik kerajaan di Facebook.

Ia kononnya bagi mengelakkan mempengaruhi pelajar dan mengelak dari mencipta 'masalah untuk diri sendiri'.

Lapor Sin Chew Daily hari ini, Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan membentuk pasukan khas dan memantau kandungan yang dimuat naik di laman Facebook atau sosial mereka.

"Sepatutnya beliau bersikap lebih profesional. Lupakah beliau bahawa golongan guru lah yang bakal mencorak anak-anak murid?

"Bila guru tidak lagi bebas mengkritik, maka kualiti seorang guru itu merosot dan ini terkesan kepada anak muridnya," kata Fariz yang juga merupakan bekas guru.

Sumber: http://www.keadilandaily.com/?p=53963



 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger