Home » » Tun Mahathir bayangkan Pakatan Rakyat akan menang 2/3 kerusi parlimen

Tun Mahathir bayangkan Pakatan Rakyat akan menang 2/3 kerusi parlimen



.
UMUM mengetahui Perlembagaan negara ini hanya boleh digubal atau diubah dengan hanya, dan hanya jika sesuatu usul di dewan parlimen mendapat sokongan sekurang-kurangnya 2/3 majoriti ahli parlimen.

Tanpa majoriti 2/3 ahli parlimen, perlembagaan negara tidak akan boleh diubah. Namun kenyataan terbaru oleh Tun Mahathir semalam membayangkan bahawa beliau yakin Pakatan Rakyat mungkin akan menang 2/3 kerusi parlimen.

Kata beliau sekiranya Pakatan Rakyat menang, perlembagaan Malaysia mungkin diubah. Tidak mungkin beliau sebagai mantan Perdana Menteri Malaysia paling lama mencengkam kuasa tidak tahu asas penggubalan perlembagaan.



Ini mesej jelas daripada Tun Mahathir yang perlu disedari oleh semua rakyat. Tun Mahathir nampak bahawa Pakatan Rakyat akan menang besar pilihanraya umum ke 13 ini.

Jika mahu ubah perlembagaan sesuatu parti perikatan perlukan majoriti 2/3, jika Tun Mahathir yakin PR akan ubah perlembagaan, maknanya dia yakin Pakatan Rakyat akan menang 2/3 kerusi parlimen sekaligus tawan putrajaya dan memerintah Malaysia.


ReJaM© " Siap sedia ubah kerajaan!"

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger