Home » » Sibuk serang negeri orang, tak sedar masaalah air negeri sendiri

Sibuk serang negeri orang, tak sedar masaalah air negeri sendiri



.




TINDAKAN Barisan Nasional seringkali menyalahkan Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui Pakatan Rakyat berkenaan krisis air ibarat 'meludah ke Langit'. 

Lawatan jentera pilihanraya KEADILAN Parlimen Bera bersama calon, Saudara Zakaria Abdul Hamid mendapati kira-kira 3000 penduduk di 2 kawasan DUN dalam Parlimen Bera menghadapi krisis air yang berlarutan.

Kawasan yang terlibat ialah FELDA Tembangau 1 dan 2 yang terletak dalam DUN Kemayan, serta FELDA Bukit Mendi dalam DUN Triang.

Menurut penduduk setempat, setiap kali menjelang pilihanraya, calon-calon dari Barisan Nasional berjanji akan menyelesaikan masalah ini. Namun selepas mandat diberi, masalah yang sama masih lagi berulang.

Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku di Parlimen Bera kerana kawasan ini pernah diwakili dua orang menteri iaitu Datuk Seri Sabarudin Chik dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Dengan jawatan yang disandang oleh kedua-dua bekas ahli parlimen Bera itu dalam kerajaan sudah cukup untuk mereka penduduk setempat mendapat kemudahan asas seperti air yang bersih dan sistem perpaipan yang lancar.

Ketika tinjauan dilakukan di Perkampungan Orang Asal di Bera Selatan pula, KEADILAN mendapati kira-kira 60 orang asal yang tinggal di Kampung Gakuyah dalam DUN Kemayan masih menggunakan sistem perpaipan secara tradisonal iatu dengan mengepam air dari bawah tanah. 

Ini satu penghinaan terhadap Orang Asal kerana kerajaan masih membiarkan mereka tanpa bekalan air yang sempurna di kala Negara sudah mencapai usia lebih 55 tahun.

Menurut Saudara Zakaria Hamid, masalah bekalan air di Daerah Bera akan dijadikan keutamaan sekiranya pengundi memberi mandat kepada Pakatan Rakyat mewakili Parlimen dan DUN-DUN di Bera. 

Sent from my BlackBerry

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger