Home » » Calon-calon DAP terima watikah daripada PAS untuk bertanding PRU13

Calon-calon DAP terima watikah daripada PAS untuk bertanding PRU13







PERKARA yang tidak pernah terfikir sebelum ini akhirnya berlaku di saat akhir sebelum hari penamaan calon esok. Peristiwa ini tentunya akan menjadi sejarah bermakna sebelum Barisan Nasional dikuburkan selepas PRU13.

Berikutan tindakan Pendaftar Pertubuhan, ROS menghantar surat menyatakan badan itu tidak mengiktiraf jawatan kuasa tertinggi DAP, maka DAP hari ini menerima watikah perlantikan calon-calon mereka dari Parti Islam, PAS.

Calon-calon DAP yang bertanding di semenanjung Malaysia akan menggunakan lambang Parti Islam, PAS. Manakala calon - calon mereka yang bertanding di Sabah dan Sarawak (Malaysia Timur) akan menggunakan lambang KEADILAN.

Ini jelas menunjukkan permuafakatan erat Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya sekaligus menamatkan rejim rasuah Barisan Nasional yang sudah sekian lama menghantui rakyat.

Ingat kempen kita! Undi ABCD (Asalkan Bukan Cap Dacing).

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger