Home » » Berita baik! Umno pening kerana DAP mahu sertai PAS!

Berita baik! Umno pening kerana DAP mahu sertai PAS!



HARI ini ROS telah menghantar surat kepada DAP menyatakan bahawa badan itu tidak mengiktiraf jawatan kuasa tertinggi DAP. Dengan kata lainnya parti DAP akan diharamkan .

Jika DAP diharamkan maka, tiadalah calon DAP akan bertanding pada pilihanraya umum kali ini. Ini jelas taktik kotor Barisan Nasional untuk melemahkan Pakatan Rakyat.

Namun rupanya ini adalah satu berita baik! Jika anda masih ingat, sebelum ini DAP telah menyatakan bahawa mereka akan menggunakan lambang PAS pada pilihanraya umum kali ini jika parti itu diharamkan.


Susah payah Umno menanam persepsi memperbodohkan rakyat kononnya DAP parti kafir, parti rasis dan sebagainya untuk menakut-nakutkan orang Melayu kepada DAP, namun akhirnya calon-calon DAP akan bergabung dan bertanding di bawah Lambang Parti Islam, PAS.

Maka persepsi memperbodohkan rakyat yang dibuat oleh Umno dan Barisan Nasional sebelum ini hanya sia-sia, kerana DAP sudah sertai PAS! Maka tiada lagi istilah DAP perkudakan PAS. Ini bagus!

Jom ramai-ramai rakyat Malaysia, Melayu, Cina, India, Iban Kadazan dan lain-lain mari undi PAS dan KEADILAN! Lebih cepat Umno berkubur!

Sent from my BlackBerry

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger