Home » » Akhbar MCA, The Star siar kempen undi DAP maka PAS akan berkuasa

Akhbar MCA, The Star siar kempen undi DAP maka PAS akan berkuasa



KITA biasa dengar propaganda Umno yang mengatakan kononnya Parti Islam, PAS diperkudakan oleh DAP. Jika orang Melayu undi PAS bermakna mengundi DAP, dan DAP akan berkuasa.

Itulah sentimen bangsa dan agama yang dimainkan oleh Umno untuk memperbodohkan orang-orang Melayu. Masa kecil dulu orang Melayu perbodohkan anak mereka dengan propaganda kononnya ada benggali penggal kepala supaya anak mereka takut untuk keluar rumah.

Bila orang Melayu sudah dewasa dan boleh mengundi, mereka diperbodohkan pula oleh pemimpin Umno, kononnya jika undi Parti Islam, PAS maka DAP akan berkuasa. Kesian Melayu masa kecil diperbodohkan sudah besar diperbodohkan pula oleh pemimpin Umno.

Namun di saat akhir sebelum mengundi MCA pula cuba nak perbodohkan orang cina. Dalam akhbar mereka, The Star, parti komponen BN itu menyiarkan pula kempen undi DAP maka PAS pula akan berkuasa.



Taktik propaganda Barisan Nasional ini sangat mudah dibaca. Depan Melayu pemimpin Umno beritahu kalau undi PAS, DAP akan berkuasa, cina akan rampas Malaysia. Namun depan orang cina pemimpin MCA pula kata kalau undi DAP, PAS akan berkuasa.

Nampak sangat ini propaganda bodoh yang sengaja diada-adakan untuk memperbodohkan rakyat Malaysia. MCA tipu cina, Umno pula tipu Melayu. Ini propaganda bodoh!

ReJaM© "Lebih bodoh jika anda masih termakan propaganda ini..."

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger