Home » » Malaysia tidak akan bangkrap jika Pakatan Rakyat memerintah - Tun Musa Hitam

Malaysia tidak akan bangkrap jika Pakatan Rakyat memerintah - Tun Musa Hitam



JIKA ditanya kepada mana-mana pemimpin Umno, tentu sekali semuanya akan bersetuju dengan ayat popular Najib Razak iaitu jika "Pakatan Rakyat memerintah maka Malaysia akan bangkrap". Kita faham mereka menyokong kenyataan bodoh ini untuk mengampu.

Itulah budaya angguk dan setuju dengan sebarang kenyataan presiden Umno yang sudah lama merasuk pimpinan Umno. Jika Najib kata "kambeng bertelur" sekalipun mereka akan mengangguk beramai-ramai kerana semua mahu menjaga karier politik masing-masing.

Berbeza dengan Tun Musa Hitam, mantan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia,  yang jelas sudah tidak ada kepentingan politik di dalam Umno dan tidak perlu mengampu presiden Umno lagi, terutama presiden takut bini seperti Najib.

Beliau secara terbuka menyatakan bahawa Malaysia tidak akan bangkrap jika Pakatan Rakyat tadbir negara sekaligus menafikan propaganda bodoh Najib Razak yang diulang pagi petang siang dan malam di media kongkongan Umno dan BN.



Kalau tanya itek, itek pun tahu bahawa jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia, maka gabungan parti PAS, KEADILAN dan DAP itu akan terus memperkukuhkan ekonomi negara agar ia dapat terus memerintah dan mengekalkan kuasa.

Bodohlah jika Pakatan Rakyat biarkan negara bangkrap. Kalau bangkrap bagaimana mahu mengekalkan kuasa? Kalau kita lihat di sini, Tun Musa Hitam sendiri menghantar mesej yang jelas bahawa beliau yakin Pakatan Rakyat akan berjaya menawan Putrajaya pada PRU13 ini.


ReJaM© "Musa Hitam mula beli insuran kerana tahu Pakatan Rakyat akan menang... "

Sumber: Sinar Harian

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger