Home » » Maklumat sulit: Pendatang asing bakal cetus huru hara di Sabah?

Maklumat sulit: Pendatang asing bakal cetus huru hara di Sabah?



.
SEBENTAR tadi ReJaM© terima satu email daripada seorang pengirim yang mendakwa dirinya sebagai "orang dalam" dan memiliki maklumat sulit dari PDRM.

Pengirim memberikan satu dokumen berbentuk arahan kepada  anggota polis dan keselamatan di Sabah agar bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan kerana berdasarkan maklumat orang awam, 1400 orang dimaklumkan sebagai pendatang asing di Kota Kinabalu dan Tawau akan membuat huru hara.

Surat itu meminta agar para petugas, pegawai dan semua anggota keselamatan supaya mengambil langkah berjaga-jaga paling tinggi serta meningkatkan kekuatan anggota yang bertugas memandangkan pendatang asing ini akan mensasarkan anggota keselamatan untuk membuat huru hara.

Di bawah ini surat yang dimaksudkan. ReJaM© percaya ramai yang telah menerima surat ini dalam bentuk email berantai. Bagaimanapun, kesahihannya masih tidak dapat dipastikan. Barangkali mungkin juga ada pihak tertentu yang cuba mencetuskan kebimbangan kepada orang ramai.



ReJaM© harap orang ramai yang telah menerima surat ini dalam bentuk email berantai agar menimbangkannya dengan penuh rasional kerana kesahihannya masih tidak dapat dipastikan.

Umum mengetahui bahawa ramai pendatang asing yang telah menerima IC hasil projek IC di Sabah untuk mengundi BN sebelum ini. Jika maklumat ini benar-benar dikeluarkan oleh PDRM, maka kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga kerana musuh sudah lama berada di kalangan kita.

ReJaM© "Pendatang asing menangguk dalam air yang sedia keruh? "

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger