Home » » Berita Harian kantoi fitnah Ketua Polis Daerah Samporna

Berita Harian kantoi fitnah Ketua Polis Daerah Samporna



PORTAL Berita Harian semalam menyiarkan satu laporan bertajuk "penceroboh bunuh diri dalam lokap" tentang seorang tahanan merupakan suspek pengganas Sulu yang ditemui mati di dalam lokap. Si mati dikatakan telah membunuh diri.

Berita ini kononnya telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah. Berikut printscreen yang diambil dari Portal Berita Harian ~ Berita Harian



Rupa-rupanya tidak ada siapa pun yang mengesahkan berita ini. Malah tuan punya badan, Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah, mendakwa berita ini adalah berita karut.

Beliau menulis di halaman facebook peribadi miliknya dan memaklumkan bahawa, telah menghubungi wartawan berkenaan dan wartawan itu telah memohon maaf serta berjanji akan memperbetulkan laporannya.

Dengan nada tegas, pegawai Polis yang menjadi mangsa fitnah wartawan Berita Harian tersebut menulis akan membuat laporan polis esok (hari ini) jika tiada tindakan dibuat ~ facebook



Berita ini gua cedok dari blog sahabat ~ Amenoworld

ReJaM© " Berapa banyak laporan palsu tentang Lahad Datu sebelum ini yang disembunyikan?"

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger