Home » » Surat cabaran debat ANAK kepada Ahmad Maslan

Surat cabaran debat ANAK kepada Ahmad Maslan



DIFAHAMKAN satu surat cabaran debat kepada Datuk Ahmad Maslan, telah dihantar dan diterima oleh pejabat timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri di alamat Aras 4, Blok Barat Bangunan Perdana Putra Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya.

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, ANAK menjemput Ahmad Maslan berdebat berhubung dakwaan beliau sebelum ini yang mengatakan Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman sebagai pemfitnah bersiri serta memecah belahkan masyarakat. Berikut surat jemputan debat yang telah dihantar.



Kita lihat dengan jelas di sini daripada cop pejabat timbalan menteri menunjukkan bahawa surat ini telah diterima oleh pihak Ahmad Maslan. Maka tidak ada alasan untuk mengatakan beliau tidak mengetahui tentang jemputan debat ini.

Jika benar Ahmad Maslan berkata benar dan berpegang teguh kepada pendiriannya mengatakan Mazlan Aliman sebagai pemfitnah bersiri dan memecah belahkan peneroka, maka beliau wajar menyahut cabaran debat ini.

Jangan hanya pandai berkokok di depan kaca TV, tapi bacul bila diajak berdebat seperti Najib Razak yang hanya pandai menyorok di belakang Rosmah setiap kali Anwar Ibrahim menjemputnya berdebat.


ReJaM© "Hujah lawan hujah jangan menyorok belakang Rosmah..."

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger