Home » » Tanah diambil, keluarga miskin sekeluarga bunuh diri di Pengerang

Tanah diambil, keluarga miskin sekeluarga bunuh diri di Pengerang




PAGI ini saya menerima maklumat bahawa keluarga Pang sekeluarga yang mempunyai 3 ahli keluarga di Kampung Jawa, didapati semua ahli keluarganya membunuh diri di tempat tinggal sendiri dengan membakar serpihan arang di blik.

Gabungan NGO Pengerang (GNP) telah pergi ke tempat tragedi tersebut, dan 3 mayat telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi.

Melalui penduduk tempatan, Ahli Gabungan telah dimaklumkan bahawa Keluarga Pang ini adalah keluarga miskin, dan isterinya adalah pesakit strok, dan anaknya yang berumur 20 tahun itu, merupakan orang kurang upaya yang mempunyai kecacatan akal. Encik Pang yang berumur 50 an bekerja sebagai pembantu restoran, akan tetapi baru-baru dia perlu menjaga isteri dan anaknya, dia terpaksa berhenti berkerja.

Beberapa bulan yang lalu, disebabkan oleh pembangunan RAPID, Keluarga Pang telah menerima surat pengambil tanah. Rumah kediaman Keluarga Pang dibina diatas seorang tuan tanah lain, sehubungan itu Keluarga Pang cuma menerima pampasan sebanyak RM20 ribu sahaja sebagai pampasan.

Selepas Pang menerima surat pengambilan tanah, dia pernah meminta pertolongan dari pihak parti politik pemerintah, dan pernah memberitahu pihak tersebut bahawa dia ingin membunuh diri.

GNP berasa amat sedih terhadap tragedi yang berlaku, dimana keluarga miskin tidak dapat menahan tekanan hidup, hasil dari pengambilan tanah oleh pihak pemaju, dan akhirnya terpaksa membunuh diri.

Kami juga menyeru pihak kerajaan perlu mengambil berat terhadap apa yang telah berlaku, jika pihak berkenaan masih lagi berkeras untuk terus membuat pembangunan ini, dipercayai akan menyebabkan lebih banyak tragedi berlaku di Pengerang

Chua Peng Sin (013-7241409)
Bendahari
Gabungan NGO Pengerang
1hb Januari 2013 ~ Tukar Tiub



ReJaM© "Tumbangkan BN sebelum lebih ramai jadi mayat! "

Peringatan Penting!

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112

Tempat: Bandar Kuala Lumpur
Tarikh: 12 Januari 2013
Masa: 14:00 petang

Sejuta rakyat sertai Bapak segala perhimpunan, bapak segala bantahan!

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger