Home » » Siapa sebenarnya dalang di belakang Deepak untuk jatuhkan Najib?

Siapa sebenarnya dalang di belakang Deepak untuk jatuhkan Najib?



.
KEBELAKANGAN ini kita sering mendengar nama Deepak Jaikishan Tekwani, seorang penjual karpet yang nampaknya menyerang Rosmah Mansor secara bertubi-tubi menjelang pilihanraya umum ke 13.

Setelah penat lelah Najib Tun Razak sibuk memperkuatkan Umno dan Barisan Nasional untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13, tiba-tiba muncul saudagar karpet ini menyerang Rosmah secara bertali arus.

Ini bukan serangan kosong, ini serangan berstrategi. Semua orang tahu bahawa Rosmah menjadi liabiliti kepada Umno dan Barisan Nasional kerana sifat tamak dan borosnya. Lantaran itu Deepak memainkan peranannya menyerang Rosmah untuk menjatuhkan Najib.

Lihat gambar di bawah baik-baik. Deepak Jaikishan Tekwani saudagar karpet yang sibuk menyerang Rosmah Mansor secara bertubi-tubi ini merupakan salah seorang daripada 230 tetamu yang dijemput ke Majlis Sambutan Harijadi Tun Mahathir baru-baru ini iaitu pada 14 Disember 2012.



Dalam jangka masa Deepak Jaikishan Tekwani sibuk menjadi musuh kepada Najib Razak dan Rosmah kerana bom demi bom yang diletupkan, rupanya dia merupakan sahabat baik Tun Mahathir.

Jika tidak masakan dia dijemput sebagai tetamu jemputan Tun Mahathir? Kenapa Tun Mahathir menjemput Deepak Jaikishan Tekwani ke majlis harijadi beliau? Apa tujuan Tun Mahathir menjemput musuh Najib dan Rosmah ke majlis beliau?

Jawapannya ada dalam video di bawah sila besarkan mata luas-luas dan tumpukan pendengaran anda baik-baik terhadap satu demi satu kata-kata Tun Mahathir dalam video di bawah.


ReJaM© "Ini petanda jawatan PM dipegang Najib sudah tidak lama... "

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger