Home » » Sekolah rendah jadi bilik gerakan Umno cawangan Ulu Bendul?

Sekolah rendah jadi bilik gerakan Umno cawangan Ulu Bendul?



.
GAMBAR ini dikirimkan oleh salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM. Beliau hairan bagaimana papan tanda Umno Cawangan Ulu Bendul boleh dipasang di dalam kawasan pagar salah sebuah sekolah rendah di Ulu Bendul, Kuala Pilah Negeri Sembilan.

Kalau kita lihat selama ini Umno begitu lantang bersuara kononnya menolak politik di sekolah. Tapi di sini jelas bahawa papan tanda Umno cawangan pun diletakkan dalam kawasan sekolah, dalam pagar lagi ini apa cerita?



Inilah taktik "brain wash" yang diamalkan oleh Umno sejak sekian lama di negara ini. Sebab itu masih ramai orang-orang kampung yang tertutup mindanya masih percaya bahawa sekolah, hospital, jalanraya dan sebagainya adalah pemberian, kurniaan Umno dan Barisan Nasional.

Bukan di Negeri Sembilan sahaja perkara ini berlaku, malah banyak lagi tempat-tempat lain yang menggunakan kaedah brainwash seperti ini untuk memperbodohkan rakyat terutama orang-orang kampung yang tidak akses maklumat.

Masih ramai orang kampung yang mindanya masih tertutup tidak tahu bahawa hospital, sekolah, jalanraya dan sebagainya dibina menggunakan duit rakyat. Ini semua adalah tanggung jawab sesebuah kerajaan.

Barisan Nasional dipilih rakyat untuk mentadbir dan mengurus harta rakyat. Jika mereka ditendang pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti maka parti lain pula akan jadi kerajaan dan menguruskan harta rakyat.

ReJaM© "Tolak Umno dan BN, hentikan segala pembodohan! "

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger