Home » » Penyokong tegar Pakatan Rakyat ditangkap bersama 36 GRO?

Penyokong tegar Pakatan Rakyat ditangkap bersama 36 GRO?



.
MALAM tadi gua ada siarkan kisah bodoh blogger United Malays No Otak, Umno mendedahkan dokumen bukti kononnya isteri Anwar Ibrahim, iaitu Wan Azizah membeli barang kemas bernilai jutaan ringgit, rujuk sini ~ Dokumen.

Kali ini salah seorang blogger United Malays No Otak membayangkan pula kononnya Bekas Ketua Setiausaha yang juga penyokong tegar Pakatan Rakyat telah ditangkap dalam keadaan mabuk bersama 36 GRO malam tahun baru yang lalu.



Berita itu sebenarnya diambil dari portal MyMetro. Kalau dia nak sangat teka KSU ini adalah penyokong Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, bukanlah sesuatu yang sukar.

Lihat baik-baik pada jawatannya sebagai Ketua Setiausaha sebuah Kementerian. Kalau sudah namanya kementerian sudah terang lagikan bersuluh berkaitan dengan kerajaan pusat.



Seorang bekas ketua setiausaha sebuah kementerian yang sudah bersara dan bergelar Datuk serta seorang rakannya yang juga berstatus sama ditahan bersama 36 pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah pusat karaoke di Bukit Bintang, malam kelmarin.

Dalam serbuan jam 7 malam itu, kedua-dua VIP terbabit berhibur dan dipercayai dalam keadaan mabuk.

Menurut sumber, ‘Datuk’ terbabit yang berusia lewat 50-an berlagak sombong dan mendakwa kebal daripada undang-undang.

“Datuk terbabit tidak gentar dengan kesalahan syariah yang dilakukannya, malah mencabar penguat kuasa Jawi untuk mengambil tindakan.

“Semua GRO disiasat mengikut Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan kerana mengingkari pihak berkuasa agama manakala kedua-dua VIP terbabit disiasat kerana bersubahat. “Sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya ~ MyMetro.


ReJaM© "Gua rasa kalau tanya blogger ni soalan matematik 1+1 pun mesti dia pening... "

Peringatan Penting!

Jom turun ramai-ramai Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112

Tarikh: 12 Januari 2013
Masa: 14:00 petang
Tempat: Bandar Kuala Lumpur (Stadium Merdeka).

Bapak segala Himpunan, Bapak segala Bantahan bersama sejuta rakyat! Sejuta Jiwa!

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger