Home » » Penggunaan kalimah Allah dalam lagu negeri tidak perlu dijadikan isu - MB Selangor

Penggunaan kalimah Allah dalam lagu negeri tidak perlu dijadikan isu - MB Selangor



PENGGUNAAN kalimah Allah dalam lagu rasmi Negeri Selangor tidak perlu dijadikan isu kerana tiada unsur-unsur penghinaan dan penyalahgunaan terhadap kalimah itu.
 
Penggunaan kalimah Allah hanya menjadi kesalahan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan dan penyalahgunaan seperti menghasut umat Islam untuk bertukar agama yang boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.
 
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata ini sejajar dengan  fatwa di bawah Seksyen  47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003(Pindaan 2010).
 
"wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan"
 
"Enakmen ini perlu dibaca dan difahami secara menyeluruh untuk mengelak sebarang kekeliruan," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, hari ini.
 
Beliau berkata,  DYMM Sultan Selangor adalah Ketua Agama Islam bagi Negeri Selangor dan kerajaan negeri sentiasa menghormati kuasa tersebut.
 
Dikeluarkan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR
DATO' MENTERI BESAR SELANGO
Sent from my BlackBerry®

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger