Home » » Pelajar Malaysia di Kaherah, Mesir anjur #KL112 dengan muka tertutup

Pelajar Malaysia di Kaherah, Mesir anjur #KL112 dengan muka tertutup



.
KETIKA rakyat Malaysia berkumpul dan berhimpun secara aman di Kuala Lumpur dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013, semalam, sebilangan pelajar kita di Kaherah, Mesir turut menunjukkan sokongan.

Meskipun mendapat ugutan daripada Duta Malaysia di Mesir, mereka tetap berhimpun untuk menunjukkan solidariti bersama rakyat Malaysia di Kuala Lumpur dalam keadaan muka tertutup. Mereka memakai T-shirt Bersih, Royalti dan anti-Lynas serta sepanduk tanda sokongan.



Semakin rakyat ditekan, semakin rakyat bangkit melawan kerana suara dan solidariti rakyat adalah kuasa keramat untuk menumbangkan rejim rasuah yang telah memerintah negara lebih 50 tahun iaitu Umno dan Barisan Nasional.

Sekiranya ada sahabat pembaca yang tinggal di luar negara, yang turut mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat dengan cara anda sendiri, sila emailkan kepada MiLo SuaM di alamat email share.milosuam@gmail.com.

ReJaM© "Sama-sama kita talkinkan Umno dan BN pada PRU13... "

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger