Home » » Mulut Najib berbuih bukan kerana serangan Angin Akhmar

Mulut Najib berbuih bukan kerana serangan Angin Akhmar



LAMAN sesawang sarawakreport.org kelmarin mendakwa Najib Razak diserang "mild stroke" (angin akhmar ringan). Berikutan khabar angin tersebut pelbagai spekulasi timbul.

Ada pihak yang mendakwa keadaan mulut Najib Razak yang berbuih ketika berucap dalam satu siaran di Buletin Utama TV3 baru-baru ini ada kaitan dengan "mild stroke" yang dihidapinya.



Lihat video di bawah, dipetik dari Buletin Utama TV3 5 Januari 2013.


Bagaimanapun, Najib Razak cepat-cepat menafikan dakwaan blog tersebut yang mengatakan beliau tidak sihat. Di bawah ini penafian Najib yang disiarkan oleh Utusan Malaysia.



Gua pun ada menghubungi Dr Afifbahardin, Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang, bertanyakan tentang perkara ini semalam. Menurut beliau "mulut berbuih" bukan symptom "mild stroke". Mulut berbuih ketika berucap lebih kepada sifat atau karekter seseorang itu sendiri.

Kesimpulannya, mulut Najib berbuih itu sifat semulajadi beliau dan tiada kena mengena dengan khabar angin beliau menghidap "mild stroke" fullstop!

Apapun, kalau kita lihat Najib begitu cepat menjawab khabar angin yang disiarkan oleh blog tentang kesihatannya. Ini tandanya Najib Razak ambil tahu tentang berita dan khabar angin di dunia maya (internet).

Apa yang menghairankan, kenapa sampai ke hari ini selepas bertubi-tubi pendedahan demi pendedahan Deepak Jaikishan Tekwani terhadap beliau dan Rosmah tiada sebarang jawapan ataupun respon?

Bukan itu sahaja, malah tiada seorang pun pemimpin Umno yang berani mempertahankan Najib Razak dan Rosmah Mansor berhubung pendedahan Deepak.

ReJaM© "Orang tua kata, diam tandanya setuju.... "

Peringatan Penting!

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112

Tarikh: 12 Januari 2013
Tempat: Kuala Lumpur (Stadium Merdeka)

Sejuta rakyat bangkit membantah secara aman!
Bapak segala perhimpunan, Bapak segala bantahan!


 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger