Home » » Isu kalimah Allah, Harussani sudah sampai tahap mengkafirkan mufti

Isu kalimah Allah, Harussani sudah sampai tahap mengkafirkan mufti



.
POLEMIK isu kalimah Allah sudah semakin hangat apabila Mufti Perak, Tan Sri Harussani sudah sampai ke tahap mengkafirkan umat Islam yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Hujah yang dikemukakan oleh beliau adalah, membenarkan kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam, bermakna bersetuju dengan pihak berkenaan untuk menyekutukan Allah ~ Bernama



Nampaknya fatwa baru dikeluarkan oleh Mufti Perak ini jelas bercanggah dengan fatwa yang dikeluarkan oleh negeri Perlis sebelum ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis bil 1/2008 bertarikh 14-15 jun 2008, memutuskan tiada halangan bagi orang bukan Islam menyebut nama Allah, atau memanggil nama tuhan dengan nama Allah ~ Mufti Perlis



Sila baca ayat di bawah ini baik-baik.

Hai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang kamu menghadapi kematian, sedang dia akan berwasiat, maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang yang berlainan agama dengan kamu, jika kamu dalam perjalanan dimuka bumi lalu kamu ditimpa bahaya kematian. Kamu tahan kedua saksi itu sesudah sembahyang (untuk bersumpah), lalu mereka keduanya bersumpah dengan nama Allah, jika kamu ragu-ragu:

"(Demi Allah) kami tidak akan membeli dengan sumpah ini harga yang sedikit (untuk kepentingan seseorang), walaupun dia karib kerabat, dan tidak (pula) kami menyembunyikan persaksian Allah; sesungguhnya kami kalau demikian tentulah termasuk orang-orang yang berdosa" Surah Al Maidah ayat 106.

Dalam surah ini jelas Allah menyuruh orang berlainan agama (bukan Islam) bersumpah dengan nama Allah. Jadi bagaimana Mufti Perak boleh mengkafirkan pihak yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan nama Allah?

Inilah akibatnya bila kalimah Allah dijadikan alat politik untuk meraih undi Melayu menjelang pilihanraya ke 13. Maka keluarlah fatwa-fatwa lucu sehingga sanggup mengkafirkan orang.

Sampai ke tahap mufti mengkafirkan mufti. Sampai ke tahap, mufti menolak ayat daripada kitab suci Al-Quran. Sampaikan mufti pula seolah-olah mengkafirkan Al-Quran yang menyuruh bukan Islam menggunakan  kalimah Allah.

Sebelum ini gua dah kata, dalam dunia ini isu kalimah Allah hanya kecoh di Malaysia sahaja. Tidak ada satu negara pun di dunia ini yang kecoh tentang isu kalimah Allah baik negara Islam mahupun negara kafir.  Kenapa? Jawapannya mudah, kerana hanya di Malaysia ada Umno rujuk sini ~ Isu Kalimah Allah.

Sumber: ~ Bernama, Mufti Perlis

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger