Home » » Dedah pemilik pisau.net RM1000 ganjaran ditawar untuk anda

Dedah pemilik pisau.net RM1000 ganjaran ditawar untuk anda



.
KEPADA anda sahabat pembaca yang mengenali atau mengetahui siapa pengendali laman blog pro Umno, Pisau.net yang heboh kononnya mendedahkan kisah tanah kebelakangan ini tawaran RM1000 menanti anda jika anda sudi memberikan maklumat tentang pemilik blog itu.

Tawaran ini juga terbuka kepada penyokong dan pendukung Umno, tentu ramai di kalangan penyokong Umno yang tahu siapa pemilik blog tersebut. DAP mencari pemilik blog ini kerana ingin menyerahkan surat saman fitnah.



Jika semua dakwaan tentang kisah tanah di dalam blog tersebut adalah benar, kenapa nak takut untuk tampilkan diri? Kata orang berani kerana benar, takut kerana salah. Tampil sajalah di mahkamah buktikan kebenaran.

Kepimpinan DAP menawarkan RM1,000 kepada mana-mana individu yang dapat memberi maklumat untuk mengesan pengendali laman blog pisau.net.

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming berkata, pihaknya kini sedang menjejaki pengendali blog berkenaan bagi menyerahkan writ saman berhubung artikel yang dikeluarkan laman blog berkenaan.

"Orang yang fitnah berdosa besar. Perbuatan baling batu sembunyi tangan merupakan perbuatan yang keji dan bersifat pengecut.

"Saya di sini memberi masa 24 jam kepada pisau.net untuk tampil. Jangan berselindung di belakang nama samaran yang palsu," katanya melalui satu kenyataan kepada Sinar Harian, hari ini.

Kor Ming berkata, tindakan menyembunyikan diri itu hanya membuktikan semua tuduhan terhadap Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan beliau adalah bohong.

Menurutnya, tindakan saman itu dibuat terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab memfitnah mereka berdua kononnya mendapat tanah di Kelantan sebagai habuan politik ~ Sinar


 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger