Home » , » Catatan sejarah #KL112 dari Sogo ke Masjid Negara bahagian 1

Catatan sejarah #KL112 dari Sogo ke Masjid Negara bahagian 1



SEPERTI yang dijanjikan, kali ini gua teruskan lagi catatan perjalanan di Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 12 Januari 2013 yang lalu. Gua percaya, catatan ini suatu hari nanti akan menjadi salah satu bahan rujukan di dalam lipatan sejarah negara.

Kalau sebelum ini gua ada catatkan perjalanan gua dari Masjid Negara ke Stadium Merdeka rujuk sini ~ #KL112 catatan kali ini adalah catatan sebelumnya pula iaitu perjalanan gua sebelum sampai ke Masjid Negara.



Perjalanan gua bermula di Pasaraya Sogo, gua dan beberapa orang rakan bergerak menuju ke Masjid Negara bersama Timbalan Presiden KEADILAN, YB Azmin Ali. Pada awalnya kami merancang untuk bersarapan bersama-sama.



Malangnya, YB Azmin Azmin memberitahu bahawa beliau menerima panggilan dari Ketua Polis Negeri meminta beliau membawa semua para peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 yang sudah melimpah ruah di Masjid Negara untuk bergerak ke Stadium Merdeka.



Kami semua meneruskan perjalanan, berjalan kaki seramai kira-kira 7 orang. YB Azmin perlu menukar baju terlebih dahulu oleh itu kami pergi ke salah sebuah kedai pakaian di Masjid India menumpang untuk menukar pakaian.

Selesai beliau menukar pakaian kami meneruskan perjalanan ke Masjid Negara melalui Dataran Merdeka. Antara yang turut serta bersama kami ialah YB Amiruddin Saari ADUN Batu Caves Selangor.



Sepanjang perjalanan seperti biasa kami menjadi tersekat-sekat berikutan orang ramai meminta untuk bergambar bersama YB Azmin Ali. Di sekitar Dataran Merdeka kami bertemu dengan sekumpulan sami dan pengikut-pengikut mereka yang turut menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112.

Mereka tidak melepaskan peluang bertegur sapa, bersalaman, dan bergambar dengan YB Azmin Ali.



Saat ini kumpulan yang mengekori kami semakin membesar. Mana tidaknya, setiap kali kami singgah kerana orang ramai meminta untuk mengambil gambar dan bersalaman bersama YB Azmin, kemudian mereka akan sama-sama mengekori kami.

Sekarang ni pukul 3:27AM, oleh kerana mata gua sudah mengantuk gua ambil keputusan untuk sambung catatan gua ini dalam artikel seterusnya nanti. Kita berhenti di sini dulu. Bersambung...


 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger