Home » » Bukti Wang Pampasan Buruh Paksa Jepun sudah kena rembat

Bukti Wang Pampasan Buruh Paksa Jepun sudah kena rembat



.
AKHBAR milik Umno, Utusan Malaysia dalam portal rasminya ada menyiarkan kisah sedih lagi menyayat hati tentang nasib salah seorang daripada lebih 30,000 rakyat Malaysia yang menjadi buruh paksa Jepun namun sehingga kini tidak mendapat pampasan mahupun sebarang pembelaan ~ Kisah Pak Embong.



Pak Embong sama seperti puluhan ribu bekas buruh paksa yang dikerah oleh tentera Jepun untuk membina landasan kereta api maut di antara Thailand-Burma (kini Myanmar) sejauh 415 kilometer ketika Perang Dunia Kedua.

Mereka sangat-sangat mengharapkan wang pampasan daripada Kerajaan Jepun untuk membela nasib mereka yang kebanyakkannya hidup dalam keadaan dhaif dan serba kekurangan.

Memang benar, kerajaan Jepun telah memberikan duit pampasan untuk buruh paksa ini melalui satu perjanjian pada tahun 1967. Namun sebenarnya duit pampasan yang diberikan oleh Jepun sudah digunakan (sebut dirembat) untuk membina Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC).



Difahamkan tiada sesen pun wang pampasan yang telah dibayar oleh Kerajaan Jepun kepada Malaysia diserahkan kepada buruh-buruh paksa ini. Semuanya sudah diambil oleh kerajaan untuk menubuhkan syarikat perkapalan negara.

Dianggarkan dari 1942 hingga 1946, seramai 72,000 rakyat negara ini dikerah tenaga mereka dan dilayan dengan penuh kekejaman untuk menjayakan impian besar negara matahari terbit Jepun meluaskan empayarnya.

Namun hanya 30,000 orang dilaporkan berjaya kembali ke tanah air membawa bersama keperitan dan kesengsaraan yang cukup sukar untuk diungkap serta menjadi kenangan pahit sepanjang hayat.

Walaupun usaha menjejaki mangsa-mangsa berkenaan menemui jalan buntu ekoran ramai daripada mereka sudah meninggal dunia, namun kisah kekejaman tentera Jepun ke atas mereka masih segar di kalangan waris-waris.

ReJaM© "Berhentilah berharap kerana wang kamu sudah kena rembat... "


Peringatan Penting!

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112

Tarikh: 12 Januari 2013
Tempat: Kuala Lumpur (Stadium Merdeka)

Bekas buruh paksa akan turut hadir bersama sejuta rakyat Malaysia!
Bapak segala Himpunan, Bapak Segala Bantahan!

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger