Home » » Bantuan dua buah bas pun masih gagal penuhkan kerusi di ceramah Fathul Bari

Bantuan dua buah bas pun masih gagal penuhkan kerusi di ceramah Fathul Bari




DIFAHAMKAN malam tadi, Umno Selangor telah menganjurkan satu majlis ceramah politik yang disampaikan oleh Fathul Bari Mat Jahya, yang mereka gelar sebagai Ulama Muda Umno.

Majlis ceramah politik tersebut turut dilengkapi dengan persembahan kumpulan Nasyid Rabbani untuk menarik penyertaan orang ramai.



Difahamkan, dua buah bas digunakan untuk membawa hadirin dari Pekan Sungai Buluh untuk memenuhkan majlis tersebut. Di bawah ini gambar bas yang dimaksudkan.



Bagaimanapun, hasil tinjauan mendapati meskipun dua buah bas yang memuatkan hampir seratus orang telah dibawa ke majlis ceramah tersebut, nampaknya kehadiran masih juga tidak memuaskan.

Masih banyak kerusi-kerusi kosong yang turut sama mendengar ceramah Fathul Bari.



Di bawah ini gambar dari sebelah kanan pentas ketika Fathul Bari sedang berucap.



Ceramah Umno di Selangor memang diketahui umum tidak mendapat sambutan berdasarkan jumlah kehadiran orang ramai dalam ceramah-ceramah mereka sebelum ini.

Mereka cuba pula membawa imej Islamik bagi menarik hadirin ke ceramah politik mereka lantaran itu this so called Ulama Muda Umno dan kumpulan Rabbani digunakan.

Namun, anda lihat sendiri, sambutan orang ramai masih juga tidak berubah. Ini tandanya rakyat Selangor tidak berminat untuk menghadiri ceramah Umno. Jadi rasanya tak perlulah Umno sibuk buat ceramah lagi, orang tak minat nak dengar.

ReJaM "Pakailah serban tebal mana pun, rakyat tahu Umno parti rasuah..."

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger