Home » » Anwar Ibrahim dituduh sembah mayat Teoh Beng Hock pula

Anwar Ibrahim dituduh sembah mayat Teoh Beng Hock pula



SALAH seorang sahabat pembaca mengirimkan risalah perang saraf yang disebarkan di Masjid Jamek Kuala Pilah, Negeri Sembilan selepas solat jumaat semalam.

Antara risalah yang disebarkan begitu melampau sampai ke tahap dilihat menuduh Anwar Ibrahim turut melakukan upacara menyembah mayat Teoh Beng Hock.

Risalah itu menuduh kononnya sebagai penganut pluralisme, Anwar Ibrahim biasa mengamalkan ajaran agama lain seperti menyembah mayat orang yang sudah meninggal dunia.



Kita faham, bila isu agama seperti ini dimainkan, ini bermakna risalah gerak saraf yang disebarkan adalah untuk menarik sokongan orang-orang Melayu agar mengundi Barisan Nasional pada Pilihanraya ke 13 nanti.

Tambahan pula risalah melampau ini disebarkan di masjid selepas solat jumaat, jelas menunjukkan usaha terdesak menarik sokongan Melayu Islam kepada Umno dan Barisan Nasional.

Namun kalau dilihat, berlaku kebodohan di situ. Taktik pembunuhan karakter ini sudah sampai ke tahap melampau, sehinggakan orang ramai sudah tidak mampu untuk percaya.

Ibarat mahu membunuh kumbang dengan menyembur racun serangga, kumbang tak mati-mati sembur semakin lama semakin banyak, akhirnya si penyembur pensan terhidu racun serangga yang disembur sendiri.

Pernah satu ketika di kawasan pedalaman Sabah, seorang imam masjid terkejut melihat Anwar Ibrahim mengimamkan solat berjamaah, membaca doa dan memberi tazkirah kepada kariah masjid tersebut.

Imam itu yang selama ini percaya dengan propaganda dan cerita bohong media arus perdana kawalan Barisan Nasional menyangka Anwar Ibrahim seorang yang kafir dan tidak mengenal Al-Quran.

Itu cerita di pedalaman Sabah, kita tak hairan. Tapi ini cerita di Masjid Jamek Kuala Pilah, bukan kawasan yang terlalu pedalaman. Orang Kuala Pilah ada akses internet, anak-anak mereka bijak pandai dan belajar di universiti.

Pembodohan seperti ini sudah tidak laku lagi. Pakatan Rakyat sibuk cerita tentang dasar, tawaran ekonomi, pendidikan percuma dan sebagainya, Umno masih lagi dengan sentimen agama, bangsa dan raja untuk menakut-nakutkan rakyat.

ReJaM© "Baik cakap sahaja Anwar Ibrahim sebenarnya seorang sami kah kah kah... "

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger