[Ads] Saksikan kisah-kisah yang memberikan inspirasi kepada warga Malaysia klik sini [#ProjectListen]

29/02/2012

Ahli Parlimen Umno didapati bersalah curi duit RM80,000




Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini mendapati Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri, bersalah atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwa.

Abdul Rahman, 47, dari Umno dituduh membuat lapan tuntutan palsu dengan nilai RM10,000 setiap satu yang berjumlah RM80,000 daripada peruntukan kawasannya berhubung majlis yang tidak pernah dijalankan.

Dia dituduh membuat tuntutan itu di antara 21 Januari dan 4 Februari 2008 ketika menjadi ADUN Sungai Ayer Tawar.

Sementara itu, pembantu beliau Mohd Rusli Busro, yang didakwa bersubahat dalam membuat tuntutan palsu juga didapati bersalah.

Abdul Rahman didakwa mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan tuntutan itu membabitkan pembelian hadiah, cenderamata dan jamuan Program Motivasi Pelajar di Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar; Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga di Dewan Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar (BNO); Program Forum Perdana Peringkat Mukim BNO; Program Mesra Rakyat dan Sambutan Maulud Nabi dan Program Mesra Rakyat Hari Keluarga Guru Kemas.

Abdul Rahman didakwa melakukan semua perbuatan itu di Pejabat Daerah Sabak Bernam.

Bagi setiap pertuduhan, Abdul Rahman didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, dalam prosiding yang sama, pembantu kepada Abdul Rahman - Rosli Busro, 44 - didapati bersalah atas tuduhan bersubahat dengan Abdul Rahman melakukan kesemua kesalahan itu.

Hakim turut membenarkan permohonan peguambela kedua-dua tertuduh, Affifuddin Hafifi dan Lim Kon Keen untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman terhadap anak guam mereka sehingga esok pagi di mahkamah sama.

Kedua-dua peguam itu berkata mereka perlukan masa untuk persediaan mitigasi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa.

Seramai 39 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil memberikan keterangan sepanjang perbicaraan kes itu.

Sumber: [Malaysiakini]





ReJaM© " Geng penyamun Khir Toyo dijadikan kambeng hitam... "
Baca artikel ini >>

26/02/2012

KEADILAN tuntut JAIP menyiasat secara telus dan profesional


KEADILAN mengambil maklum bahawa Dr. Badrul Amin Baharon diminta oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk membantu siasatan berikutan sebuah insiden di Kuantan pada 25 Februari 2012.

Justeru, KEADILAN menuntut agar JAIP dan pihak berkuasa membuat siasatan secara telus dan profesional.

KEADILAN juga mengulangi komitmen parti untuk terus memelihara prinsip keadilan bagi semua pihak yang terlibat.

DATO’ SAIFUDDIN NASUTION

SETIAUSAHA AGUNG

PARTI KEADILAN RAKYAT


Dihantarkan kepada anda melalui / Delivered to you by:

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya
Baca artikel ini >>

Dr Badrul Amin nafi sekeras-kerasnya dakwaan beliau ditangkap khalwat



SAYA menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

 

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

 

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.  Walau bagaimanapun  pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

 

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

 

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

 

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

 

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

 

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.

 


Dr. Badrulamin Bahron



ReJaM© "Anda nilaikan sendiri... "
Baca artikel ini >>

Ustaz Dr Badrul Amin ditangkap khalwat dengan bini orang?


SEJAK semalam, hampir semua pimpinan KEADILAN telah berkumpul di Kuantan Pahang untuk sama-sama menyertai Himpunan Anti Lynas, atau lebih dikenali sebagai Himpunan Hijau yang bakal diadakan Ahad ini.

Kesemua pimpinan Keadilan, termasuk Anwar Ibrahim menginap di Hotel Swiss Garden Resort & Spa di Kuantan. Dr Badrul Amin yang hadir bersama isteri beliau, Ina juga menginap di hotel yang sama, bersama-sama semua pimpinan KEADILAN.

Dato' Seri Anwar Ibrahim mewajibkan kesemua pimpinan menyertai proram Temu Rapat, selama 3 hari yang diadakan di Hotel tersebut.

Tiba-tiba, kita digemparkan dengan cerita kononnya Ustaz Badrul Amin ditangkap khalwat bersama-sama isteri orang di hotel tempat beliau menginap.

Melompat-lompat blogger-blogger United Malays No Otak, Umno menyebarkan cerita ini. Cerita ini dihangatkan lagi dengan sebaran TV3 Al-Musyrikin pukul 8 malam tadi tanpa menyebut nama Ust Dr Badrul Amin.




ReJaM© sendiri pada waktu ini berada di Kuantan bersama-sama para pemimpin KEADILAN yang lain dan menginap di hotel yang sama. Namun pagi tadi Dr Badrul Amin kelihatan bersahaja bersama pimpinan yang lain.

Jika benar Ust Badrul Amin berkhalwat dengan bini orang, dan lengkap dengan segala bukti, maka pihak JAIP harus mendakwa beliau. Tiada kompromi dalam hal ini dan jika beliau didapati bersalah, beliau juga wajib meletak jawatan atau dipecat dari KEADILAN.

Persoalan-persoalan:

Adakah Dr Badrul Amin memilih untuk berbuat jahat di kala beliau bersama-sama menginap dengan hampir semua pimpinan KEADILAN di Hotel yang sama?

Jika beliau ada niat berbuat jahat, mengapa beliau membawa isterinya bersama-sama ke Kuantan?

Mengapa Ust Badrul tidak dibawa ke balai Polis? Kerana pagi tadi beliau dilihat ada bersama-sama pimpinan yang lain.

Jika benar beliau ditangkap khalwat, sudah tentu berkerumun wartawan akan ke Balai Polis untuk membuat liputan. Sudah tentu sekurang-kurangnya gambar beliau di Balai Polis akan disiarkan di TV3 Al-Musyrikin sebagai peluru "emas".


ReJaM© " kita nantikan apa kata beliau sendiri... "
Baca artikel ini >>

23/02/2012

Bukti! Putera Umno terlibat menyerang ceramah Anwar di Johor!


TERBARU, ceramah Anwar Ibrahim di Johor, iaitu di daerah Semberong, Kluang Johor diserang oleh sekumpulan anak muda yang dipercayai diupah oleh pihak Umno.

Ceramah Anwar Ibrahim dilastik, dibaling dengan mercun bola, batu dan sebagainya. Malah kereta beliau turut dilastik dan disepak sehingga kemik di bahagian tepi, serta mengalami keretakan di cermin hadapan kereta tersebut.

Di bawah ini gambar yang sempat diambil di HQ KEADiLAN keadaan kereta Anwar Ibrahim akibat serangan tersebut.





Menggelupur blogger-blogger United Malays No Otak, Umno cuba menafikan berita ini. Seperti biasa mereka akan putar belikan cerita menggunakan kaedah yang sama, iaitu Keadilan atau Anwar sendiri yang menyerang diri sendiri untuk mendapat simpati rakyat.

Sama saja seperti sebelum ini, mahasiswa dituduh cederakan diri sendiri, Anwar tumbuk mata sendiri sampai lebam, Teoh Beng Hock bunuh diri sendiri.

Lebih lucu, peserta himpunan 901 dituduh letupkan bom untuk membunuh diri beramai-ramai kerana Anwar dibebaskan daripada tuduhan liwat. Adakah orang yang berfikiran waras akan mempercayai propaganda seperti ini?

Kali ini kita dedahkan bukti salah seorang anak muda yang menyerang ceramah Anwar Ibrahim di Sembrong Kluang Johor tempoh hari. Anak muda ini pada malam kejadian tersebut mengakui, baru pulang menghalau Anwar dari tanah Kluang.

Dia menulis di akaun Facebook miliknya yang dihantar melalui telefon bimbit BlackBerry, mengakui bahawa dia terlibat menghalau Anwar Ibrahim atau dengan kata lainnya dia terlibat melakukan kekecohan pada malam itu [Facebook].



Siapakah anak muda ini yang dilihat begitu benci dengan Anwar Ibrahim, sehingga sanggup membuat kacau di ceramah beliau di Sembrong, Kluang Johor baru-baru ini?

Salah satu gambar di dalam akaun facebooknya menjelaskan segala-galanya [facebook].



Regim United Malays No Otak, Umno akan terus melakukan apa sahaja untuk mengalahkan lawan politik mereka. Politik rasuah, penyalahgunaan kuasa dan samseng akan terus jadi amalan regim ini.

ReJaM© " Polis sila jalankan tugas anda! "
Baca artikel ini >>

22/02/2012

Pihak Westport dakwa kapal Israel cuma singgah, tidak berdagang


BELUM selesai kita dengan isu dua buah kapal Israel, ZIM U.S.A dan ZIM Atlantic yang dilihat berlabuh di Westport, Pelabuhan Klang tempoh hari rujuk sini [bukti video]

Meskipun blogger-blogger United Malays No Otak, Umno cuba nak putar belit cerita, bukan kapal Israel lah, bukan dari Israel lah, bukan syarikat Israel lah, akhirnya pihak Westport, Port Klang mengakui kesahihan kisah kapal Israel ini.

Pihak Westport, Port Klang melalui Ketua Korporatnya, Mejar (B) Manisegaran seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian mengakui kehadiran Kapal Israel, ZIM Integrated Shipping Services Ltd yang berlayar dari Israel [Sinar].

Namun beliau mendakwa tiada sebarang urusniaga berlangsung kerana kapal tersebut hanya singgah sahaja rujuk screenshot di bawah.




Jingga 13 yang menyiasat kehadiran kapal-kapal Israel ini sedari awal sudah menduga isu ini akan diputar belit dengan berbagai cara maka Jingga 13 sudah "sediakan payung sebelum hujan".

Namun apa yang jelas putar belit blogger United Malays No Otak sudah terkantoi dengan kenyataan pihak Westport ini. Tanpa pengakuan pihak westport sekalipun, dokumen, gambar dan video sudah jelas mengesahkannya.

Sekarang giliran pihak Westport pula akan kita bongkarkan penipuan mereka. Jingga 13 memiliki video dan gambar-gambar termasuk dokumen yang lain yang membuktikan berlakunya urusniaga Kapal Israel ini di Port Klang.

Kamu nak tipu siapa? Ayam? Itek?Lembu? kambeng?

Nantikan pendedahan seterusnya.



ReJaM© "Bangkai gajah nak ditutup dengan tudung saji sedang baunya menusuk hidung... "
Baca artikel ini >>

Menjawab blogger Umno, siapa ZIM Integrated Shipping?


LUCU melihatkan gelagat blogger United Malays No Otak, Umno berhubung pendedahan dua buah kapal Israel yang berlabuh di Westport, Pelabuhan Klang 16 Feb 2012 tempoh hari rujuk [video kapal Israel].

Masing-masing cuba menafikan bahawa memang ada kapal Israel yang berlabuh di Pelabuhan Klang. Tambah menarik, mereka siap memuji Israel cerdik menggunakan proksi untuk berdagang di negara ini.

Kata mereka ZIM integrated shipping services, bukan syarikat Israel, tetapi hanyalah syarikat proksi Israel. Jadi Malaysia membenarkan syarikat proksi Israel berdagang di sini. Siap kata Jingga 13 tak buat homework sebelum bongkarkan perkara ini.

Sudah terang lagikan bersuluh, sudah jelas dan nyata ZIM integrated shipping memang syarikat Israel, malah mengumumkan dengan jelas dalam web rasmi mereka bahawa mereka dimiliki oleh Israel Corpration dengan pegangan saham sebanyak 98%.

Sila lihat maklumat di bawah, yang dipetik dari website ZIM sendiri, kalau masih tak puas hati klik sini [ZIM] lihat petikan paling bawah tentang profile syarikat ZIM ini.





Pemilik ZIM Integrated Shipping ini sudah jelas ialah Israel Corpration, nak nafi apa lagi? Israel Corp ini merupakan "top ten" syarikat Holding di Israel yang tersenarai dalam Tel Aviv Stock Exchange.

Mengata orang bebal, dia sendiri jauh lebih bebal. Lihat sendiri maklumat di laman sesawang rasmi Israel Corp di bawah ini. Kalau masih tak puas hati sila klik sini [Israel Corp].



Sepotong kata Anwar Ibrahim diputar belit siang dan malam, konon Anwar sokong Israel, bunuh rakyat Palestin. Tapi di belakang rakyat mereka buat perjanjian syaitan dengan Israel.

ReJaM© " Depan rakyat maki Israel, belakang rakyat cium bontot Israel.... "
Baca artikel ini >>

20/02/2012

Bukti video kehadiran 2 kapal besar Israel di Port Klang!


PENDEDAHAN tempoh hari di MiLo SuaM, berhubung kehadiran dua buah kapal milik kerajaan Israel di Westport, Pelabuhan Klang mengundang keraguan pembaca rujuk sini [Kapal Israel].

Ramai yang menghantar email mengatakan mereka ragu dengan pendedahan tersebut yang begitu samar memandangkan hanya dua keping gambar yang didedahkan sebagai bukti kehadiran kapal-kapal Israel tersebut.

Ramai yang ragu bahawa benarkah gambar kapal-kapal tersebut diambil di Pelabuhan Klang?

Bagi mereka yang bekerja atau sekurang-kurangnya pernah ke Westport, Pelabuhan Klang, sudah tentu sedia maklum keadaan sekitar pelabuhan tersebut dan boleh mengesahkan di mana gambar itu diambil. Namun mungkin tidak bagi yang lain.

Kali ini ReJaM© tampilkan bukti video bagi menghilangkan segala keraguan anda. Pada 16 Feb 2012 yang lalu, Jingga 13 telah meninjau dan mengesahkan sendiri kehadiran 2 buah kapal Israel, ZIM U.S.A dan ZIM Atlantic yang berlayar terus dari Haifa, Israel ke Pelabuhan Klang.

Saksikan sendiri video berikut.





Secara kasarnya, dari percakapan berbahasa Melayu yang terakam dalam video di atas sudah cukup membuktikan bahawa video rakaman kapal Israel tersebut diambil di Malaysia.

Namun untuk mengukuhkan lagi bukti ini, sila lihat pada minit ke 1:08. Sebuah lori yang kebetulan lalu di hadapan kamera terpapar logo Westport, Malaysia. Jika anda rajin ada beberapa lagi logo Westport yang boleh ditemui dalam video di atas.




Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana media propaganda United Malays No Otak, Umno menyerang Anwar Ibrahim kononnya beliau menyokong Israel, sepatah kenyataan beliau diputar belitkan siang dan malam.

Namun hakikatnya, ini semua sekadar sandiwara untuk menutup hubungan dagang mereka dengan Israel. Depan rakyat mereka berlagak jadi hero Palestin, berlagak anti Israel untuk meraih undi Melayu, tapi di belakang? Ptuih!

Mengata orang jahat supaya orang nampak dia baik. Mengata Anwar sokong Israel supaya rakyat melihat mereka pejuang Palestin, anti Israel. Walhal merekalah kawan baik Israel! Ptuih!



ReJaM© "Muncung berkokok ekor bergelumang taik! Ptuih! "
Baca artikel ini >>

17/02/2012

Dua buah Kapal Israel di Pelabuhan Klang (Westport)


SEJAK kebelakangan ini, nampaknya media arus perdana seperti Utusan dan TV3 Al-Musyrikin tak henti-henti menyerang Anwar berhubung isu "two state solution".

Mereka mahu orang Melayu percaya bahawa Anwar Ibrahim adalah ejen Israel, tali barut Israel, boneka Yahudi, Anti Palestin dan lain-lain you name it. Tujuannya mudah difaham, iaitu untuk meraih undi orang Melayu untuk BN sempena PRU13.

Propaganda media arus perdana ini memang mudah sangat difahami. Kalau tanya kambeng, kambeng pun boleh baca propaganda meraih undi Melayu yang dilakukan ini. Sepotong ayat Anwar diputar belit siang malam pagi petang.

Bak kata orang tua-tua "mengata orang jahat supaya diri sendiri nampak baik". Itulah yang sebenarnya dilakukan oleh mereka. Mereka kata Anwar sokong Yahudi supaya orang Melayu fikir Najib pejuang Palestin kah kah kah

Seperti yang dijanjikan di dalam twitter semalam, rujuk sini [Twitter] kita akan dedahkan hubungan dagang Malaysia dengan Israel. Najib nak jadi pejuang Palestin? Kah kah kah kamu nak tipu siapa? Ayam? Itek? lembu? Kambeng?





Semalam, 16 Febuari 2012, dua buah kapal milik syarikat perkapalan Israel, ZIM USA dan ZIM Atlantic dilihat berlabuh dan menurunkan ratusan kontena di Pelabuhan Klang (Westport).

Sila lihat bukti gambar-gambar di bawah.




Buat pengetahuan anda, kedua-dua kapal Israel ini berlayar terus dari Haifa, Israel ke Pelabuhan Klang. Apa maknanya?

Ini bermakna kedua-dua kapal ini mengisi barang-barang di dalam kontena mereka di Pelabuhan Haifa, Israel tanpa singgah di mana-mana negara lain, terus ke Pelabuhan Klang.




Jelas sekali di sini mereka menghentam Anwar Ibrahim hanya kerana sepotong ayat, untuk menunjukkan merekalah pejuang anti Israel, benci Israel, pejuang Palestin.

Itu di depan mata kita. Bagaimana di belakang kita? Lihat sendiri dengan mata kepala anda bagaimana mereka menjalankan hubungan dagang dengan Israel di belakang anda. Muncung berkokok, ekor bergelumang taik! Ptuih!



ReJaM© " Rosmah Mansor pejuang Palestin? Lagi tak masuk akal kah kah kah... "
Baca artikel ini >>

15/02/2012

Skandal Lembu NFC ke persada antarabangsa


SELEPAS berbulan-bulan skandal NFC (Sebut National Family Corruption) didedahkan oleh Pengarah strategi KEADILAN, saudara Rafizi Ramli, dan aktivis Jingga 13, akhirnya ia sampai ke peringkat antarabangsa.

Kalau dulu hanya orang Melayu, Cina dan India yang berbicara soal skandal jutaan ringgit yang melibatkan Shahrizat Jalil ini. Kali ini Ia sudah sampai ke pengetahuan Orang Arab, Orang Inggeris termasuk orang Israel

Skandal lembu sudah sampai ke pengetahuan penduduk dunia kerana disebarkan oleh portal berita yang bertaraf dunia. Namun sehingga ke hari ini Najib tidak mampu berbuat apa-apa kepada Shahrizat Jalil, Menteri Kemajuan Wanita Keluarga dan Masyarakat merangkap Ketua wanita Umno ini.





Malangnya Malaysia memiliki pemimpin lemah seperti Najib. Nak buat pilihanraya pun teragak-agak, apalagi nak pecat Shahrizat?



ReJaM© " Najib bimbang kain Rosmah juga akan diselak oleh Shahrizat... "
Baca artikel ini >>

10/02/2012

Kementerian dan NFC wajar dedahkan perjanjian pinjaman



SAYA merujuk kepada kenyataan Wan Shahinur Izmir Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif NFC yang mendakwa bahawa perjanjian pinjaman RM250 juta yang dimeterai NFC dan Kerajaan Malaysia tidak menetapkan syarat bagaimana wang tersebut boleh digunakan. NFC menggunakan alasan itu untuk menggunakan wang tersebut bagi tujuan peribadi termasuklah mengumpulkan harta yang mahal seperti kondominium, tanah dan kereta mewah.

Pengakuan ini menimbulkan seribu satu persoalan baru:

1. Apakah hak menteri-menteri terbabit meluluskan pemberian wang sejumlah RM250 juta kepada keluarga menteri untuk dibelanjakan sesuka hati mereka?

2. Bagaimanakah dasar memberikan pinjaman yang longgar begini boleh menjamin projek negara seperti Pusat Fidlot Kebangsaan dapat dilaksanakan dengan berkesan?

3. Berapa banyak lagi perjanjian-perjanjian pinjaman seperti ini yang memberi kebebasan sepenuhnya kepada peminjam membelanjakan wang rakyat telah diberikan kepada syarikat-syarikat dan orang peribadi yang ada kaitan dengan pimpinan kerajaan?

4. Apakah pemilik dan pengurusan NFC yang terdiri dari kaum keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil memberikan jaminan peribadi (personal guarantee) dan mencagarkan harta peribadi mereka sebagai sebahagian dari syarat perjanjian pinjaman?

Untuk merungkai segala persoalan ini, saya mengesyorkan supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan NFC mendedahkan sepenuhnya perjanjian pinjaman RM250 juta itu kepada umum supaya rakyat dapat menghakimi kewajaran kerajaan meluluskan pinjaman dengan syarat yang sebegitu longgar.

Pendedahan ini juga mengukuhkan lagi gesaan Pakatan Rakyat bahawa sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan untuk menyiasat skandal NFC kerana penyelewengan dan kecuaian yang berlaku melibatkan pimpinan tertinggi negara.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

10 FEBRUARI 2012
Baca artikel ini >>

08/02/2012

Kantoi! Dua lagi kondo keluarga Shahrizat, RM34.6 Juta




PENGARAH strategi KEADILAN, saudara Rafizi Ramli bagaikan terkena loteri dengan pendedahan terbaru berhubung NFC (National Family Corruption).

Beliau menceritakan telah secara tidak sengaja menemukan sebuah lagi kondominium keluarga Shahrizat yang terletak di atas restoran mewah milik mereka di Singapura.

Dengan bantuan ramai warga Singapura yang sedia membantu mendedahkan skandal Ketua Wanita Umno itu, Rafizi berjaya menemukan restoran mewah milik Keluarga Shahrizat yang terletak di Marina Bay, Singapura.

Apabila pekerja restoran tersebut diajukan soalan tentang kondominium milik keluarga Shahrizat, mereka secara spontan telah terbuka rahsia.

"Yes our boss got two condo above this restaurant" terang Rafizi sambil tersenyum.

Hal ini membawa kepada pembongkaran dua lagi unit kondominium milik keluarga Shahrizat yang berharga lebih RM34.6 juta di Singapura.

"Tidak susah untuk mengesan dua lagi unit kondo milik keluarga Shahrizat kerana ramai warga Malaysia di Singapura yang sedia tampil memberi maklumat" kata Rafizi.

"Jika Shahrizat mahu menyembunyikan harta kemewahan beliau di Singapura, beliau harus menutup ribuan mulut warga Singapura yang sanggup memberikan maklumat secara sukarela ini" tambahnya lagi.

Maklumat lanjut beserta bukti berkaitan akan menyusul.




ReJaM© "Nampaknya Shahrizat kena pergi Umrah lagi"
Baca artikel ini >>

Skandal Chalet mewah Cempakasari milik Shahrizat dibongkar!




SATU lagi penyelewengan baru berkaitan NFC (sebut National Family Corruption) akan didedahkan kepada umum pada pukul 11 pagi ini di ibu pejabat KEADILAN (Rabu, 8 Februari 2012 jam 11 pagi )

Berikutan itu satu sidang media yang turut dihadiri oleh YB Zuraidah Kamaruddin, YB Sivarasa dan Rafizi Ramli akan diadakan. Pendedahan kali ini dijangka ada kaitan dengan Chalet mewah Cempakasari milik Shahrizat Jalil di Janda Baik Pahang.

Sebelum ini MiLo SuaM pernah membuat pendedahan terhadap Chalet mewah tersebut, rujuk sini [Cempakasari]

ReJaM© "Chalet mewah siap ada taman burung dalam tu"
Baca artikel ini >>

06/02/2012

Epic Fail! JKMM beri ucapan Thaipusam kepada penganut Buddha


KADANGKALA, perkara basic macam ni pun ada orang yang tak tahu, sehinggakan laman Facebook rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKMM mengucapkan Selamat Menyambut Thaipusam kepada penganut Agama Buddha.

Pengurus laman tersebut menulis "Selamat Menyambut Thaipusam kpd mereka beragama Buddha". Ucapan tersebut nampaknya ditulis melalui akaun Twitter jabatan tersebut.




Tinjauan mendapati mesej yang ditulis di twitter sudah dipadamkan. Harap lepas ni jangan ada orang lain yang buat silap kerana Hari Thaipusam disambut oleh penganut Agama Hindu, bukan Buddha harap maklum.



ReJaM© "Ini baru namanya 1 Malaysia kah kah kah..."
Baca artikel ini >>

05/02/2012

Tips penting perlu diperiksa sebelum membeli handphone




SEBELUM anda membeli telefon bimbit ada tips penting yang harus diikuti untuk memastikan anda membeli telefon yang terbaik, atau sekurang-kurangnya anda mengetahui tahap kualiti telefon bimbit anda.

Sebelum membeli, pastikan anda memeriksa dahulu no IMEI [International Mobile Equipment Identity], untuk mengetahui keaslian handphone yang ingin dibeli.

Tekan *#06# akan tertera satu siri nombor unik contohnya seperti 359598040475402. Perhatikan nombor yang ke 7 dan ke 8. Contohnya, untuk no siri 359598040475402, no ke 7 dan ke 8 ialah, 04.

Dari sini anda boleh mengetahui tahap keaslian dan kualiti telefon bimbit yang ingin dibeli. Rujuk data di bawah.

02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA




ReJaM© "Cuba periksa telefon bimbit anda sekarang untuk mempraktikkannya... "
Baca artikel ini >>

04/02/2012

Simpanan tunai Selangor meningkat kepada RM1.9 Bilion


SIMPANAN wang tunai Negeri Selangor kini telah mencecah kepada RM1.9 Bilion. Hal itu disahkan sendiri oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di laman twitter sebentar tadi.

Meskipun banyak wang hasil dari kerajaan negeri Selangor telah ditaburkan kepada rakyat melalui pelbagai program termasuk, air percuma, Tabung Anak Selangor, Mesra Usia Emas, Program Anak Masuk Universiti dan sebagainya kerajaan Negeri Selangor terus berjaya mengumpul dana yang banyak.




Hal ini sekaligus menafikan propaganda Barisan Nasional suatu masa dahulu yang mendakwa kononnya Pakatan Rakyat tidak pandai memerintah. Hakikatnya pentadbiran Pakatan Rakyat terus menunjukkan prestasi yang jauh lebih baik.

Mitos bahawa hanya BN yang mampu mentadbir negara hanyalah propaganda dan dakyah yang harus ditolak oleh rakyat Malaysia. MB Selangor berjaya membuktikan, bahawa dengan pengurusan cekap dan amanah, mereka jauh lebih baik.

Terbukti Pakatan Rakyat jauh lebih baik mentadbir negeri. Sedangkan prestasi Barisan Nasional terus merudum dengan pelbagai skandal rasuah dan penyelewengan. Sudah sampai masanya BN dikuburkan.


ReJaM© "Teringat kata Khir Toyo, Selangor akan kucar kacir jika Pakatan Rakyat menang...."
Baca artikel ini >>

03/02/2012

Terkini! Parlimen akan dibubarkan minggu depan!


MAKLUMAT terkini yang diperolehi daripada laman facebook Exco Kerajaan Kelantan, Haji Husam Musa, memaklumkan bahawa parlimen Malaysia akan dibubarkan pada minggu hadapan.

Bagaimanapun, tarikh sebenar tidak dinyatakan oleh beliau,

Maklumat terkini yang diterima, Parlimen akan dibubarkan minggu depan, tidak pasti tarikhnya bila.

Apapun keputusan yang akan dibuat oleh Pemerintah yang ada sekarang, rakyat wajib bangkit bersatu & bersama-sama menumbangkan Kerajaan UMNO/BN dalam PRU-13 yang akan diadakan bila-bila masa saja dari tarikh Parlimen dibubarkan




Maklumat yang baru diterima dari sumber yang dipercayai juga, Najib Razak akan mengumumkan penurunan harga minyak berkuat kuasa serta merta dalam beberapa hari lagi sebagai taktik meraih sokongan rakyat.

Bagaimana pun, harga minyak akan dinaikkan kembali selepas pilihanraya jika Barisan Nasional berjaya mendapat kemenangan pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Sama-sama kita nantikan.


ReJaM© "tak sabar nak mengundi untuk ubah kerajaan...
Baca artikel ini >>

Khianat! Rumah Timbalan ketua PAS Johor dibakar!



AWAL pagi tadi rumah timbalan ketua Parti Islam se Malaysia, PAS Johor dibakar angkara perbuatan khianat pihak tertentu yang masih dalam siasatan.

Sebahagian rumahnya rosak. Turut mengalami kerosakan adalah sebuah kereta BMW milik beliau seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian.




Nampaknya politik Malaysia sudah melangkaui satu lagi tahap jijik. Selepas politik lucah, dubur dan seks dijaja ke sana ke mari bagi meraih sokongan rakyat kepada United Malays No Otak, kini politik gangster pula cuba digunakan.

Sebelum ini ceramah Asal Bukan Umno, ABU diserang oleh sekumpulan penyokong Umno, hari ini rumah pemimpin Parti Islam, PAS pula dibakar.

Politik apa yang mahu dibawa oleh mereka? Adakah ini cara mereka meraih sokongan rakyat? Apa propaganda yang dibawa oleh mereka kali ini? Sama-sama kita nantikan.

Sebelum ini pelakon dan pengacara terkenal Wardina yang sering memberikan pandangan meyokong dasar Pakatan Rakyat dituduh berlakon apabila rumahnya dirompak.

Adakah kali ini pemimpin Parti Islam, PAS Johor ini akan dituduh sengaja membakar rumahnya sendiri seperti mana mereka menuduh mahasiswa cederakan diri sendiri dan Anwar Ibrahim menumbuk mata sendiri?


ReJaM© "Politik gangster pula digunakan untuk mengekalkan kuasa..."
Baca artikel ini >>

02/02/2012

Video propaganda anti Bersih: Shaheizy Sam rasa dipergunakan


SATU siri rakaman video ala dokumentari mengkritik dan mengutuk Perhimpunan BERSIH tersebar baru-baru ini. Apa yang menarik, rakaman itu menggunakan tiga orang artis terkenal, Shaheizy Sam, Faizal Hussin dan Osman Kering [Amenoworld].

Kalau kita fikirkan, apa rasionalnya artis digunakan dalam video propaganda politik seperti ini? Propaganda ini mudah dibaca, tujuan artis digunakan ialah untuk menarik rakyat Malaysia menonton video tersebut.

Shaheizy Sam mendedahkan bagaimana didirinya dipergunakan untuk propaganda ini. Di dalam laman peminat beliau di Facebook, beliau memohon maaf dan menjelaskan bahawa dirinya rasa dipergunakan.

Namun beliau yang mengaku jahil tentang politik menjelaskan bahawa dirinya sendiri tidak faham apa perjuangan BERSIH, malah merasa dirinya tidak layak untuk berpihak kerana menyifatkan ia sebagai bukan dunianya.






ReJaM© "Berhati-hati, anda mungkin dipergunakan sebagai propaganda selepas ini..."
Baca artikel ini >>

01/02/2012

Tembak remaja: Anggota Polis dipenjara 6 bulan


SEORANG anggota polis dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah kerana melepaskan tembakan amaran sehingga mencederakan seorang remaja, dua tahun lalu.

Majistret Nor Azlina Hashim membuat keputusan itu selepas meneliti hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan dan mendapati tiada alasan yang sah bagi tertuduh, Konstabel Mohd Hakimi Shamsul melepaskan tembakan terhadap Mohd Azizi Azri Aziz.

Nor Azlina bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman tersebut ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dengan menaikkan jaminan daripada RM3,000 kepada RM8,000 dengan seorang penjamin ke atas tertuduh.

Mohd Hakimi, 21, dituduh melepaskan tembakan terhadap Mohd Azizi Azri, 20, tanpa apa-apa alasan yang sah sehingga mendatangkan kecederaan kepada mangsa, di Jalan Jelebu menghala ke Pantai dekat sini pada 3 petang, 8 Mei 2010.

Dia dituduh mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya.

Menurut keterangan kes, insiden dikatakan bermula di depan sebuah pusat beli belah di Jalan Datuk Siamang Gagap, dekat sini, apabila kereta peronda dinaiki dua anggota polis termasuk Mohd Hakimi mengejar sekumpulan penunggang motosikal termasuk Mohd Azizi Azri.

Mangsa dikejar

Kumpulan penunggang motosikal itu kemudian berpecah dan motosikal ditunggang Mohd Hakimi dikejar kereta peronda polis tersebut beberapa kilometer sehingga ke lokasi kejadian.

Polis kemudian melepaskan beberapa tembakan amaran, namun satu das tembakan dari senjata milik Mohd Hakimi dipercayai terkena perut Mohd Azizi Azri yang kemudiannya ditahan.

Terdahulu, peguam yang mewakili Mohd Hakimi, Param Sundram memohon mahkamah mengenakan hukuman denda memandangkan ia kesalahan pertama selain tertuduh masih muda dan baru memulakan tugasnya sebagai anggota polis ketika kejadian.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin pula memohon mahkamah mengenakan hukuman yang setimpal kerana tertuduh tidak mempunyai alasan yang sah untuk melepaskan tembakan itu hanya semata-mata hendak memberhentikan mangsa yang cuba lari.

Katanya, sebagai anggota polis, tertuduh sepatutnya menggunakan pengetahuan dan pengalamannya untuk memberhentikan mangsa dengan cara lain dan bukannya dengan melepaskan tembakan apatah lagi tertuduh tidak diancam oleh mangsa. – Bernama
Baca artikel ini >>