Home » » Zainuddin Mydin dan Utusan perlu minta maaf - MB Selangor

Zainuddin Mydin dan Utusan perlu minta maaf - MB Selangor



.
KERAJAAN  Selangor kecewa dengan artikel yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia baru-baru ini yang telah menghina mantan Presiden Republik Indonesia, BJ Habibie.
 
Artikel yang ditulis oleh bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Mydin itu biadap dan menunjukkan ketidakmatangan serta tidak hormat kepada pemimpin yang telah menyumbang besar kepada negaranya dan rantau ini dalam dunia politik  dan bidang kejuruteraan aeronautik.
 
Kerajaan Selangor menggesa Utusan Malaysia dan Zainuddin untuk memohon maaf kepada Habibie serta rakyat Indonesia sebelum isu ini menjadi lebih buruk.
 
"Kenyataan demikian boleh menjejaskan ikatan dua hala yang kuat antara Malaysia dengan Indonesia dan rakyat kedua-dua negara. Kita mahu menegaskan bahawa penulisan Zainuddin tidak mewakili pendirian rakyat Malaysia," ujar Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
 
Beliau berkata, Malaysia dan Indonesia mempunyai banyak ciri-ciri yang sama termasuklah sejarah, budaya dan agama yang sepatutnya dikongsi dan dihargai oleh rakyat kedua-dua negara.
 
"Ini adalah salah satu sebab mengapa Selangor menjemputnya untuk berkongsi pengalaman dan pemikirannya dalam melaksanakan kerja-kerja reformasi negeri dan penambahbaikkan proses pendemokrasian," kata Menteri Besar lagi.
 
BJ Habibie berada di Selangor untuk lawatan dua harinya sebagai tetamu rasmi kerajaan negeri pada minggu lalu dan  memberikan ucapan kepada kakitangan serta mahasiswa universiti milikan penuh kerajaan negeri, Universiti Selangor.
 

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR 

Sent from my BlackBerry®

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger