Home » » Warga akademik dihalang suarakan pendapat di Facebook dan Twitter

Warga akademik dihalang suarakan pendapat di Facebook dan Twitter



TIDAK dapat dinafikan, kuasa media baru terutama media sosial seperti Facebook dan Twitter begitu berpengaruh, mudah, cepat dan berkesan di dalam menyampaikan mesej, pandangan mahupun kritikan yang ditutup oleh media-media penguasa seperti Utusan Malaysia dan TV3.

Menyedari hal itu, satu tindakan terdesak telah diambil oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk menyekat warga akademik daripada melontarkan pandangan di laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter agar mengikut acuan dan kehendak penguasa.

Kebebasan warga akademik di dalam melontarkan pandangan melalui laman-laman sosial milik peribadi dibelenggu melalui satu surat berbaur ugutan dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Lihat gambar di bawah.



Anda lihat dengan mata kepala anda sendiri, nak tulis pandangan di laman sosial peribadi sendiri pun mereka mahu pantau. Inilah namanya kebebasan bersuara ala United Malays No Otak, Umno.

Warga akademik bukan seperti kutu berahak, dan kutu rayau mahupun orang tepi jalan yang tidak punya pelajaran. Mereka ini memiliki buah fikiran yang berharga di dalam tengkorak kepala mereka.

Buah fikiran berharga ini perlu disampaikan kepada masyarakat untuk kebaikkan bersama. Mereka bukan golongan yang tidak tahu apa yang dicakapkan. Mereka bukan golongan bodoh sombong.

Malah mengutarakan pandangan melalui laman sosial juga menjadi satu cara sihat di samping mengamalkan ilmu seperti yang dianjurkan oleh Islam. Namun perkasa asas yang boleh dikira sebagai hak asasi ini pun mahu disekat.

Kalau nak tulis ulasan dan pandangan di facebook dan twitter pun mereka mahu pantau, ternyata ini satu tindakan terdesak menyekat kebebasan bersuara. Ini tandanya United Malays No Otak, Umno sudah menggeletar takut kehilangan kuasa, dan takut dengan bayang-bayang sendiri.

ReJaM© "Silakan berkubur wahai United Malays No Otak... "

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger