Home » , » Video samseng upahan Umno menyerang rombongan Kembara Oren Negeri Sembilan

Video samseng upahan Umno menyerang rombongan Kembara Oren Negeri Sembilan



UMNO memang terkenal dengan samseng-samseng upahannya yang sering kali mengganas di dalam program-program mahupun ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat. Lihat sahaja sebelum ini, berpuluh kali samseng Umno dilaporkan mengganas.

Anak muda yang menganggur namun menyokong Umno, diupah beberapa puluh ringgit untuk melakukan provokasi dan menyerang mana-mana program dan ceramah-ceramah Pakatan Rakyat.

Terbaru, Rombongan Kembara Oren selamatkan Felda, di Negeri Sembilan diserang oleh samseng upahan United Malays No Otak, Umno sehingga menyebabkan salah seorang peserta rombongan cedera di kepala akibat ditikam dengan kayu bendera yang patah dan runcing.



Dimaklumkan salah seorang anak muda upahan Umno membawa bendera Barisan Nasional, yang sedang mabuk selepas menghisap gam telah menyerang salah sebuah kenderaan Rombongan Kembara Oren - Selamatkan FELDA.

Serangan itu diikuti oleh beberapa orang lagi rakannya yang dikatakan turut mabuk gam terus menyerang dan menghentak-hentakkan kayu bendera Barisan Nasional yang dibawa oleh mereka.

Selepas berjaya memecahkan cermin kenderaan, samseng upahan itu terus menikam penumpang dengan kayu bendera runcing yang telah patah akibat serangan sebelum itu. Kesan serangan tersebut boleh dilihat dalam gambar di bawah.



Di bawah ini pula, saksikan sendiri dengan mata kepala anda video rakaman detik cemas yang sempat diambil ketika samseng upahan United Malays No Otak, Umno itu sedang menyerang aktivis Kembara Oren - Selamatkan FELDA.


Bila Presiden Umno, Najib Razak diajak berdebat secara ilmiah beliau jawab "debat bukan budaya kita". Almaklumlah tempurung kepala yang kosong tidak mampu berdebat, mereka hanya mampu menjadi samseng menyerang bagaikan anjing gila.

ReJaM© "Hanya orang gila dan mabuk sahaja masih sokong Umno "

Peringatan Penting!

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112

Tarikh : 12 Januari 2013
Masa : 14:00 hingga 17:00 Petang
Tempat : Bandaraya Kuala Lumpur

Bapak segala perhimpunan, bapak segala bantahan!
Sasaran SEJUTA rakyat Malaysia seluruh negara!
Sebarkan!

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger