Home » » Kadar cukai pintu mengikut penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta - MB Selangor

Kadar cukai pintu mengikut penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta - MB Selangor



.
KADAR cukai pintu di seluruh negeri Selangor  berdasarkan kadar harga semasa hartanah mengikut penilaian yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta di bawah Kementerian Kewangan.
 
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihak berkuasa tempatan menggunapakai penilaian yang dibuat Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta untuk menetapkan kadar cukai pintu di kawasan mereka.
 
Beliau menegaskan bahawa kadar cukai pintu bukan ditetapkan secara sewenang-wenangnya oleh pegawai-pegawai pihak berkuasa tempatan.
 
Justeru, pihak-pihak yang mempertikaikan kadar itu sama seperti mereka menganggap penilaian yang dibuat Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta itu tidak betul dan tidak boleh dipakai.
 
"Adakah Datuk Donald Lim Siang Chai selaku Timbalan Menteri Kewangan juga beranggapan penilaian ini salah dan menolak penilaian yang dibuat oleh jabatan di bawah kementerian beliau?," soal Menteri Besar.
 
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sebagai kerajaan negeri yang prihatin dengan masalah rakyat, beliau akan mengarahkan pihak berkuasa tempatan yang terlibat supaya mengadakan perjumpaan dengan persatuan atau individu yang tidak setuju dengan kadar cukai pintu yang dikenakan.
 
Beliau berkata, kerajaan negeri akan meneliti setiap aduan dan sedia memberi potongan bagi kes-kes yang tertentu tetapi pemiliknya perlu membayar kadar penuh apabila mahu menjual hartanah itu.
 
Menteri Besar berkata,  penetapan kadar cukai berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta telah lama digunapakai oleh PBT tetapi tidak pernah dijadikan isu oleh pihak-pihak yang berkepentingan.
 
Justeru, Menteri Besar menasihatkan pihak terlibat khususnya Barisan Nasional berhenti berpura-pura kononnya membela nasib rakyat sedangkan pada masa yang sama terus membisu isu penyelewengan wang rakyat.
 
 
Dikeluarkan oleh
Sekretariat Akhbar
Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor


Sent from my BlackBerry®

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger