Home » » Jalan 0.9 km berharga RM14.9 juta, Jingga 13 buat laporan SPRM di Sabah

Jalan 0.9 km berharga RM14.9 juta, Jingga 13 buat laporan SPRM di Sabah



.
BARU selesai bersama Jingga 13 membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM cawangan Sabah berhubung kes kecurigaan terhadap pembinaan sebatang jalan sejauh 0.9 km namun berharga sehingga RM14.9 juta.



JINGGA 13 SABAH hari ini tampil untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM Cawangan Sabah agar siasatan secara menyeluruh dibuat terhadap jalan satu lorong berjarak 0.9 km berharga RM 14.9 juta yang boleh dianggap sebagai jalan paling mahal di Malaysia dan mungkin di dunia .

Jalan raya yang menghubungkan bangunan Yayasan Sabah yang dinamakan juga Menara Tun Mustapha ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah jaraknya hanya 0.9 km. Malah jalan ini dibina bagi menghubung pejabat Ketua Menteri Sabah yang terletak di menara itu ke bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah yang hanya berjarak 0.9 km.

Difahamkan bahawa Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah mengumumkan bahawa kos jalan tersebut adalah RM14.9 juta. Harga yang cukup luar biasa sedangkan menurut kajian, kos paling tinggi sebatang jalan hanyalah kira-kira RM1 juta sahaja.

Itupun kalau melibatkan laluan yang lebih banyak dan mempunyai jambatan dan sebagainya. Sedangkan JINGGA 13 Sabah mendapati jalan antara bangunan Yayasan Sabah dengan DUN Sabah ini hanya satu lorong sahaja iaitu satu lorong pergi dan satu lorong balik.

Di tengah-tengah jalan ini pula tidak mempunyai sebarang pembahagi jalan antara kedua-dua laluan pergi dan balik.

YB Muhamad Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN, merangkap Ahli Parlimen Gombak telah mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat sebelum ini berkaitan isu jalan tersebut, malangnya tidak ada sebarang penjelasan diberikan seolah-olah ada sesuatu yang telah disembunyikan .

JINGGA 13 meminta agar SPRM melakukan siasatan dan pendakwaan berkaitan Skandal Jalan Termahal tersebut TERHADAP:

1. Ketua Menteri Sabah , YAB Datuk Seri Musa Aman ,
2. Y.B Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri
    Pembangunan Infrastruktur dan
3. Pengarah JKR Negeri Sabah
4. Syarikat yang diberikan kontrak oleh JKR

JINGGA 13 juga mendesak agar siasatan dibuat terhadap perolehan tender projek jalan tersebut yang mungkin wujud unsur-unsur rasuah dan penyelewengan dana awam yang melibatkan kos luar biasa pembinaan jalan tersebut berharga RM 14.9 juta .

Ketelusan, keadilan dan integriti SPRM sangat penting dalam menyiasat skandal pembinaan jalan termahal di Malaysia dan di dunia tersebut bagi mengheret penjenayah ke muka pengadilan .

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

ERVEANA ANSARI ALI
Koordinator JINGGA 13 Sabah


ReJaM© "Berani ke SPRM nak siasat kes curi duit rakyat seperti ini? "

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger