Home » » Kontraktor AES menyamar jadi JPJ, laporan polis dibuat

Kontraktor AES menyamar jadi JPJ, laporan polis dibuat



.
BARANGKALI anda pernah melihat kenderaan berwarna jingga dengan logo Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ ini di jalan-jalan dan lebuhraya di seluruh Malaysia. ReJaM© sendiri pun tertipu menyangka kenderaan ini adalah kenderaan rasmi JPJ.

Buat pengetahuan anda, ini sebenarnya kenderaan kontraktor perompak rakyat yang terlibat di dalam melaksanakan Saman Rakyat 1 Malaysia, SR1M (AES) melalui kamera-kamera automatik yang dipasang di tepi-tepi jalan.



Bagaimanapun, hari ini Ahli Parlimen Parti Islam, PAS saudara Mahfuz Omar telah membuat laporan polis berhubung penyamaran ini. Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi sebentar tadi.

Mereka membuat laporan yang mendakwa bahawa dua kenderaan, satu didaftarkan kepada Ates Sdn Bhd dan satu lagi berdaftar kepada Preferred Synergy Sdn Bhd, telah dirakam gambarnya menggunakan warna dan logo JPJ.

Di bawah ini salah satu gambar bukti penyamaran kontraktor AES yang berjaya dirakamkan dan dijadikan bukti untuk laporan Polis.


Sudahlah rompak duit rakyat, menyamar pula seperti pihak berkuasa JPJ, betul-betul ikut perangai syaitan yang dikenali.

ReJaM© "6 hari lagi anak muda akan tumbangkan semua kamera AES seluruh Selangor! "

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger