Home » , » Gua sokong Sang Saka Malaya dikibarkan di Hari Merdeka

Gua sokong Sang Saka Malaya dikibarkan di Hari Merdeka



.
MALAM 31 Ogos 1957 Kemerdekaan Semenanjung Malaysia kelmarin menjadi kontroversi apabila ada anak muda yang mengibarkan bendera Merah Putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di dataran merdeka.

Gua secara peribadi menyokong usaha mengibarkan bendera Sang Saka Malaya ini sebagai usaha menyedarkan rakyat tentang sejarah kemerdekaan semenanjung Malaysia yang ditutup selama ini.

Di sebalik kibaran bendera ini, terpahat nama-nama pejuang sebenar kemerdekaan Tanah Melayu seperti Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam, Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Samsiah Fakeh.



Proses menyedarkan rakyat tentang sejarah sebenar memang mengundang kontroversi, namun kontroversi itulah yang mempercepatkan proses kesedaran itu. Berlumba-lumba rakyat mengkaji dan menggali sejarah selepas kontroversi ini.

Dahulu pun cadangan memilih tarikh Hari Kebangsaan pada 16 September setiap tahun ditentang hebat dan kontroversi, namun akhirnya kerajaan sendiri setuju kerana 31 Ogos 1957 tiada kaitan dengan Sabah dan Sarawak.

Secara peribadi, ReJaM© sendiri melihat Sang Saka Malaya ini bendera yang tidak secantik Jalur Gemilang dan sukar menerima ia untuk menggantikan Jalur Gemilang yang sudah diguna pakai lebih 50 tahun. Perlukan kajian yang menyeluruh.

Namun secara peribadi ReJaM© menyokong kibaran bendera tersebut di Hari Kemerdekaan Semenanjung Malaysia 31 Ogos setiap tahun selain Jalur Gemilang agar rakyat sedar sejarah kemerdekaan yang sebenar.

Apa pun gua sokong lagu Janji DiCapati karya Jingga 13 menggantikan lagu Janji Ditepati klik sini untuk video klip [Janji DiCapati] Wajib tonton kah kah kah...

ReJaM© "Bermula dengan kontroversi, berakhir dengan kesedaran... "

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger