Home » , , » Bongkar punca pembantu Azmin dihalang masuk Sabah!

Bongkar punca pembantu Azmin dihalang masuk Sabah!



PEMBANTU khas Timbalan Presiden KEADILAN, Hilman Idham semalam dihalang daripada memasuki negeri Sabah kerana Musa Aman menganggap negeri itu milik bapaknya, rujuk sini [Musa Aman].



Kehadiran Timbalan Presiden KEADILAN dan pembantunya ke Negeri Sabah benar-benar ditakuti oleh Musa Aman kerana ia menjadi petanda bahawa satu lagi keruntuhan Umno Sabah akan berlaku.

Seorang lagi tokoh berpengaruh Umno Sabah yang juga dianggap sebagai "bank bergerak" parti itu di Negeri Sabah bakal menyertai KEADILAN.

Tokoh yang dimaksudkan ialah Tan Sri Ibrahim Menudin yang akan sertai KEADILAN esok. Beliau ini adalah antara pemimpin yang berpengaruh di Sabah juga berpengaruh di kalangan pimpinan UMNO Sabah.

Jawatan akhir beliau sebelum ini ialah sebagai Bendahari Jawatankuasa Perhubungan UMNO Sabah sebelum digantikan oleh Musa Aman, Ketua Menteri Sabah sekarang.

Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik kerajaan negeri.

Lagi maklumat tentang beliau klik sini [Sapura Kencana]

Jika tiada aral melintang, beliau akan mengumumkan secara rasmi pengumumannya untuk menyertai KEADILAN pada pukul 3 petang di Sabah hari ini insya Allah.

Dalam congakan ReJaM© setakat ini, tujuh lagi ADUN Barisan Nasional Sabah akan berpindah kapal menyertai Pakatan Rakyat kerana sedar kapal yang ditumpangi kini sudah dimasuki air, menunggu masa untuk tenggelam.

ReJaM© "Semakin ramai pimpinan Sabah sudah buka mata..."

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger