Home » » Penyanyi Ning Baizura dan Shahrifah Aini bakal sertai PAS

Penyanyi Ning Baizura dan Shahrifah Aini bakal sertai PAS



.
BARU-BARU ini kita dikejutkan dengan berita yang agak luar biasa tentang biduanita terkenal tanahair Datuk Shahrifah Aini rupa-rupanya tidak pernah mengundi seumur hidupnya, rujuk sini [Free Malays].

Rentetan peristiwa itu terdapat desas-desus yang mengatakan Datuk Shahrifah Aini akan menyertai Parti Islam, PAS dan mengumumkannya secara rasmi pada bulan Julai ini.

Nampaknya berita itu dilihat ada kredibilitinya apabila Sinar Harian turut memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen daripada Parti Islam, PAS kawasan Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang turut menyebutnya.

Malah turut disebut juga seorang lagi penyanyi terkenal tanah air, Ning Baizura yang juga dikatakan akan menyertai Parti Islam, PAS tidak lama lagi [Sinar].



Kebelakangan ini semakin ramai golongan artis yang sudah tidak takut lagi untuk menyatakan pendirian politik mereka kepada umum jika menyokong Pakatan Rakyat.

Tidak seperti beberapa tahun dahulu, di mana golongan ini kebanyakannya hanya berani menyatakan pendirian politik mereka jika menyokong Umno dan Barisan Nasional. Satu perkembangan baik buat negara.

Sebelum ini penyanyi terkenal Aishah dan pelakon drama Waris yang sedang hangat ditayangkan di televisyen, Hairie Othman menyertai PAS.

ReJaM© "Apa pun, selamat datang untuk meraikan demokrasi... "

Update: MiLo SuaM telah dihubungi oleh peguam Ning Baizura menyatakan berita yang disiarkan oleh Sinar Harian ini tidak benar sebaliknya Ning Baizura memilih untuk tidak memihak kepada mana-mana parti politik dan kekal berkecuali.

Atas prinsip menegakkan kebenaran, MiLo SuaM bersetuju agar artikel ini ditarik balik dan segala maklumat di dalam artikel ini diabaikan kerana empunya badan (Ning Baizura) menafikan laporan ini.

MiLo SuaM juga memohon maaf atas kekhilafan kerana terburu-buru menyiarkan artikel yang difahamkan tidak berasas daripada Sinar Harian. Rujuk sini [Mohon Maaf]

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger