Home » » Panas! Bakal besan Najib diburu polis antarabangsa

Panas! Bakal besan Najib diburu polis antarabangsa



.
KECOH sejak semalam kisah bakal menantu Najib, "conman" kelahiran Kazakhstan yang dilapor memalsukan dokumen untuk melanjutkan pelajaran ke Colombia University tempat dia bertemu anak perempuan Najib.

Dia juga dilapor menipu bapa tirinya seunit kondominium yang bernilai AS$20 (RM62 juta) di mana dia meletakkan nama ibunya Maira Nazarbayev yang sepatutnya diletakkan dengan nama bapa tirinya.

Maira Nazarbayev kemudian menjual semula kondo itu kepadanya dengan harga 1AS$ (RM3.20) rujuk sini [Tunang anak Najib].

Sebuah lagi akhbar berpengaruh antarabangsa New York Post pula mendedahkan bahawa Daniyar Nazarbayev telah menghilangkan diri dan gagal dikesan. Pencarian di lima buah negara termasuk Malaysia menemui jalan buntu.

Bakal besan Najib, Maira Nazarbayev pula dikatakan memiliki beberapa nama samaran dan kini sedang diburu oleh polis antarabangsa (interpol) dan pihak berkuasa Kazakhstan berhubung jenayah penculikan dan peras ugut [New York Post].



Sebelum ini MiLo SuaM ada mendedahkan bahawa bakal besan Najib ini pernah dilaporkan di akhbar tempatan Kazakhstan sebagai terlibat dengan sebuah kes penculikan ahli perniagaan terkenal Kazakhstan rujuk sini [bakal besan Rosmah].

Pendedahan New York Post ini menguatkan lagi artikel tersebut.

ReJaM© "Ini namanya penyangak jual perompak culik penyamun... "

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger