Home » , » Lucu! PTPTN mengaku mereka jadi agent Umno

Lucu! PTPTN mengaku mereka jadi agent Umno



MENTERI Pengajian Tinggi, Khaled Nordin dipetik dari Sinar Harian berkata, tujuan membekukan PTPTN kepada pelajar Unisel adalah untuk menguji Kerajaan Negeri Selangor [Sinar].



Selama ini kita tahu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, PTPTN tugasnya ialah untuk menguruskan pinjaman kepada mahasiswa. Sejak bila pula PTPTN dapat tugas menguji kerajaan Negeri Selangor? Kah kah kah...

Kalau dah sampai tahap mengaku mahu menguji Kerajaan Negeri Selangor, ini bermakna PTPTN mengaku mereka sudah menjadi agent atau kontraktor upahan Umno kah kah kah...

Tambah melucukan, tak sampai sehari PTPTN mengaku membekukan pinjaman kepada pelajar Unisel, tiba-tiba pembekuan itu ditarik balik. Kenapa tak jadi beku? Apa sudah jadi?

Jawapannya mudah, kerana MB Selangor telah berjanji untuk mencairkan aset Unisel yang juga milik kerajaan negeri sebanyak RM30 juta untuk membantu pelajar-pelajar yang terjejas dengan pembekuan itu, rujuk sini [Rafizi].



Maka Khaled Nordin tak mahu orang kampung, ayam itek lembu dan kambeng lihat MB Selangor sebagai hero. Khaled Nordin tahu tindakannya itu akan membuatkan rakyat semakin benci kepada BN.

Maka untuk mengelakkan Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi hero di mata rakyat, terutamanya rakyat Selangor, maka pembekuan itu harus ditarik balik kah kah kah...

ReJaM© " Senjata sudah makan tuan kah kah kah... "

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger