Home » » Gempar! TNB pun dah pandai rembat duit rakyat?

Gempar! TNB pun dah pandai rembat duit rakyat?



.
LEBIH 10 sahabat pembaca MiLo SuaM menghantar email mengadu bahawa bil elektrik mereka melambung sejak kebelakangan ini meskipun kadar penggunaan tidak berubah sejak bertahun-tahun.

Rata-rata mereka meminta agar perkara ini dibawa ke tengah kerana mereka benar-benar merasa terbeban dengan peningkatan sekali ganda kadar bayaran bil elektrik setiap bulan.

Hasil tinjauan ReJaM© di Fanpage MiLo SuaM di Facebook mendapati dakwaan tersebut ada benarnya, menyaksikan puluhan pengguna mengakui dakwaan itu rujuk sini [Facebook].



Difahamkan perkara ini mula berlaku sejak TNB melakukan penukaran meter lama kepada meter digital. Rata-rata pengguna mengalami peningkatan kadar bil elektrik sekali ganda.

Adakah berlaku peningkatan kadar bayaran untuk penggunaan elektrik daripada TNB, mengapa tidak diumumkan?

Ada yang berpendapat, ini merupakan kaedah menarik balik pemberian BR1M, RM500 yang dilakukan oleh Rejim Barisan Nasional baru-baru ini.

Ada juga pengguna yang mendakwa ini merupakan salah satu cara cepat Najib Razak mengumpul dana pilihanraya untuk Barisan Nasional.

Apa pun, kepada pengguna yang tertindas, jangan bimbang ReJaM© telah berbincang dengan NGO Jingga 13, untuk membawa perkara ini terus kepada Dato Seri Anwar Ibrahim untuk dibangkitkan di parlimen.

Sama-sama kita bangkit memperjuangkan isu ini, untuk memberikan tekanan kepada Rejim Barisan Nasional dan Tenaga Nasional Berhad, TNB agar segera menyelesaikan masaalah ini.

Sekiranya anda ada sebarang aduan berkaitan isu-isu rakyat seperti ini, jangan ragu-ragu laporkan kepada kami, sama ada melalui email, share.milosuam@gmail.com ataupun berhubung terus di Facebook MiLo SuaM.

Insya Allah kita akan cuba membantu untuk menyelesaikan isu-isu rakyat seperti ini sekadar yang kami termampu.


ReJaM© "Suara rakyat, suara keramat! "

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger