Home » , » Dr Mahathir bayangkan hanya orang bodoh dalam Umno

Dr Mahathir bayangkan hanya orang bodoh dalam Umno



.
SEMALAM sekeping gambar "photoshop failed" memaparkan gambar Tuan Guru Nik Aziz kononnya tersenyum gembira bersalaman dengan wanita bukan muhrim (Ambiga) disebarkan oleh cybertrooper upahan Umno.

Gambar itu dilihat sengaja direkacipta untuk menjatuhkan maruah Tuan Guru Nik Aziz, rujuk sini [Nik Aziz salam wanita bukan muhrim]

Ramai pembaca yang terkejut melihat gambar yang begitu jelas diedit atau dengan kata lainnya superimpose tahap budak sekolah tadika. Kalau difikirkan, kenapa agaknya cybertrooper upahan Umno ini begitu bodoh?

Sebenarnya tidak ada apa yang menghairankan, sebelum ini Tun Mahathir pernah membayangkan bahawa hanya orang-orang kurang bijak dan takut kedudukannya tergugat sahaja yang tinggal di dalam Umno.

Berikut petikan berita (screenshot) dari akhbar online milik The Star, rujuk sini [mStar]



Tun Mahathir menjelaskan bahawa, kebanyakkan orang muda yang cerdik pandai seperti jurutera dan doktor telah menyertai Parti Islam, PAS. Maka beliau jelas membayangkan bahawa hanya pemimpin-pemimpin yang kurang bijak sahaja tinggal di dalam Umno.

Tidak hairanlah mereka menghalang mahasiswa yang bijak pandai daripada berpolitik, kenakan pelbagai undang-undang untuk menghalang orang-orang bijak pandai berpolitik.

Apa yang tinggal hanyalah mat rempit bohsia bohjan dibiarkan menjadi pencacai yang mudah dipergunakan untuk mengekalkan kuasa.

ReJaM© "Kalau pemimpin pun dah kurang bijak apa lagi cybertrooper? "

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger