Home » , , , » Media No 1 Brunei pula laporkan kisah boros Rosmah!

Media No 1 Brunei pula laporkan kisah boros Rosmah!



SEBELUM ini telah didedahkan laporan portal berita berpengaruh Singapura, Asiaone berhubung perbelanjaan boros Rosmah di Australia di sebuah butik di Sydney, rujuk sini [Rosmah Boros].

Jika sebelum ini, Rosmah hanya perlu menyaman 3 buah media yang melaporkan cerita ini, kali ini sebuah lagi media berpengaruh Brunei turut menyiarkan laporan yang sama patut juga disaman. Itupun kalau cerita ini fitnah.

Di bawah tajuk, "Rosmah's 'Shopping Spree' Hits Aussie Paper", portal berita nombor satu Brunei itu turut menyiarkan laporan yang mendedahkan betapa jijiknya perangai isteri boros seorang Perdana Menteri yang sering menyuruh rakyatnya berjimat cermat.




Sementara itu, Kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery, yang menulis artikel itu mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.

"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?

"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya kira-kira 4 jam yang lalu.

Isteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".

Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya




Ingatlah Rosmah, tak semua penulis kamu boleh suap dengan wang ringgit untuk menggadaikan prinsip penulisan mereka lalu meminta maaf kepada kamu sambil mengaku memfitnah.

Ada penulis yang boleh dibayar untuk meminta maaf kepada kamu, tapi kali ini kamu bertemu buku dengan ruas. Penulis ini tak pandang duit, malah kamu dicabar agar menyamannya untuk membuktikan kebenaran kamu.

Pendedahan lanjut di [Really Tigaline]

ReJaM© "Cuba naikkan 10 kali ganda bayaran supaya dia mengaku fitnah boleh kot, kah kah kah..."

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger