[Ads] Saksikan kisah-kisah yang memberikan inspirasi kepada warga Malaysia klik sini [#ProjectListen]

31/12/2011

Lucu! Bik Mama jadi bahan lawak Afdlin Shauki!


SEBELUM ini dalam episod Maharaja Lawak Mega 2011 yang sudah, Pelawak terkenal tanah air, Afdlin Shauki pernah mencuit hati dengan gaya ala Rosmah Mansor sedang bersenam.


Dalam rancangan siaran langsung pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega 2011, malam tadi Adflin Shauki nampaknya mengutuk Bik Mama secara terus dan "All Out" tiada tapis-tapis lagi.

Beliau dengan gaya rambut serta lenggok Bik Mama, malam tadi menyelitkan lawak cincin berlian dan beg tangan jenama mewah termasuk poco-poco dan senam aerobik.

Bukan itu saja, malah beliau turut mencuit hati penonton dengan lawak air zamzam dan peluru yang baru dibawa pulang dari Mekah. Di bawah ini rakaman video antara babak-babak yang jelas memerli Bik Mama.




ReJaM© "Ingat bik mama yang buat persembahan! Sebijik! kah kah kah..."
Baca artikel ini >>

30/12/2011

Tujuh peserta konvoi Kelantan bermalam di lokap malam ini




MAKLUMAT yang baru diterima dari Ahli Parlimen Tanah Merah, YB Amran memaklumkan bahawa jaminan polis ke atas 7 peserta konvoi jelajah Kelantan telah ditarik balik kerana mendapat tekanan dari pihak atasan (IPK).

Ketujuh-tujuh peserta konvoi jelajah Kelantan itu ditahan petang tadi difahamkan ketika sedang mengedarkan risalah keterangan tentang perbicaraan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan ditentukan pada 9 Jan 2012.

Gambar berikut menunjukkan sebahagian isi kandungan risalah yang disebarkan oleh para peserta konvoi jelajah Kelantan yang ditahan petang tadi rujuk sini [Konvoi].




Apa yang menghairankan, pihak Polis begitu cepat menahan para peserta konvoi yang melakukan sebaran maklumat begini sebaliknya, pengedar vcd lucah di dalam masjid dan sekolah sebelum ini masih bebas sehingga kini.

Adakah kesalahan menyebarkan risalah penerangan ini jauh lebih besar dari kesalahan menyebarkan vcd lucah di masjid dan sekolah?




ReJaM© "demi mengekalkan kuasa, mereka sanggup jadi orang gila, tahi jadi nasi, nasi jadi tahi..."
Baca artikel ini >>

Penduduk kesal projek kerajaan negeri Selangor disabotaj




KERAJAAN Negeri Selangor telah melancarkan program membaik pulih perumahan murah dan sederhana bagi seluruh negeri Selangor yang dinamakan sebagai “Program Ceria”. Secara ringkasnya, ia adalah program perkongsian kos antara pemilik rumah dengan kerajaan negeri di mana kerajaan negeri akan menanggung kos 20%.

Tiba-tiba di Gombak Setia, Penyelaras DUN Gombak Setia Barisan Nasional memberitahu Kerajaan Barisan Nasional akan menanggung kos sebanyak 100% bagi flat Taman Samudera. Dikatakan Barisan Nasional akan membelanjakan duit rakyat sebanyak RM1.2 juta bagi pembaik pulihan flat Taman Samudera.

Di sini saya ingin mempersoalkan:

1.0 Mengapakah pembaikpulihan ini tidak dilakukan oleh Barisan Nasional 4 tahun dahulu sewaktu UMNO/BN memerintah Selangor? Flat Taman Samudera ini terbiar begitu rupa akibat sikap Kerajaan Barisan Nasional yang tidak peka rakyat.

2.0 Adakah peruntukan ini hanya untuk Flat Taman Samudera sahaja ataupun untuk semua perumahan murah dan sederhana seluruh Selangor?

3.0 Mengapa sengaja diwar-warkan peruntukan untuk flat Taman Samudera sahaja dan tidak untuk flat-flat yang begitu banyak seluruh Selangor?

Bagi saya sebagai rakyat Selangor melihat tindakan Barisan Nasional ini hanya gimik politik untuk memalukan Kerajaan Negeri Selangor semata-mata.

Kalau setakat membiayai kos untuk satu flat sahaja (flat Taman Samudera) tidak perlulah UMNO berkokok seluruh kampong. Kerajaan Negeri terpaksa memikirkan kebajikan dan pembaikpulihan semua perumahan2 murah dan sederhana seluruh Selangor termasuk di kawasan2 pendalaman seperti Sabak Bernam dan Sepang.

Yang lebih menghairankan, UMNO berbelanja lebih RM1.2 juta untuk projek itu. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pula berbelanja RM360k sahaja untuk membaik pulih Flat Samudera. Mengapa Barisan Nasional terpaksa menanggung kos yang berlipat2 ganda seperti itu, saya pun tak paham. (Rujuk pada http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7314-cat-flat-samudera-pakatan-belanja-rm360-ribu-sahaja)

Pokoknya, kalau setakat satu flat sahaja, simpanlah niat tu. Tak perlu beritahu orang ramai. Tak perlu juga cuba untuk menghina kerajaan Negeri Selangor yang berhempas pulas menjaga kebajikan rakyat Selangor yang selama ini terbiar di bawah Barisan Nasional/UMN O.

Masa berkuasa dahulu, Barisan NAsional bebas membela nasib rakyat susah ini, tapi peluang itu tidak digunakan oleh mereka. Janganlah pula cuba mensabotaj orang lain yang ikhlas cuba membela nasib mereka yang tidak bernasib baik.

RAKYAT SELANGOR PRIHATIN



ReJaM© "surat ini dikirimkan oleh salah seorang sahabat pembaca..."
Baca artikel ini >>

Tujuh peserta Konvoi AMK jelajah Kelantan ditahan Polis




PESERTA Konvoi AMK Jelajah Kelantan, 7 orang telah ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Tanah Merah. Kesalahan di bawah Akta Mesin Cetak. Antara yang ditangkap termasuk Ketua Konvoi Hj Mohd Roslan Puteh selaku Ketua Penerangan Negeri.

Turut hadir di Balai ialah YB Amran, Ahli Parlimen Tanah Merah dan Peguam Zam Shahrany. Difahamkan mereka ditahan saat sedang mengedarkan risalah penerangan berhubung perbicaraan Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim.

Apa yang menghairankan kita, meskipun sudah berpuluh laporan polis dibuat, pengedar vcd dan dvd lucah di masjid dan sekolah sebelum ini sampai sekarang masih mampu tersenyum.

Boleh makan kacang sambil tengok televisyen bersama keluarga menonton filem komedi.

ReJaM© "Edar fliers pun kena tangkap, negara apa ni?"


Update 17:40 : Maklumat terbaru, empat orang lagi ditahan dan dibawa ke IPD Kuala Krai. Dimaklumkan bahawa mereka ditahan dalam satu sekatan jalanraya, apabila pihak polis menemui risalah dan bendera parti KEADILAN.
Baca artikel ini >>

29/12/2011

Bukti! Restoran mewah MeatWorks Singapura milik anak Shahrizat


PENDEDAHAN MiLo SuaM terhadap restoran makanan mewah MeatWorks, di Ion Orchard Singapura sebelum ini menyebabkan email MiLo SuaM dihujani pertanyaan dari ramai sahabat pembaca.

Rata-rata mahukan kepastian atau bukti yang kukuh bahawa Restoran Mewah MeatWorks benar-benar milik keluarga Shahrizat Jalil.

Sebenarnya soalan ini bagaikan perumpamaan "sudah terang lagi bersuluh", kerana restoran Mewah MeatWorks ini sudah diketahui umum milik anak Shahrizat. Namun jika anda perlukan bukti secara bertulis maka MiLo SuaM boleh sediakan.

Salah satu bukti adalah melalui laman web rasmi MeatWorks itu sendiri. Jika kita memeriksa data-data pendaftaran laman web meatworks.com.my ia secara terus mendedahkan siapa pemiliknya klik [Whois].



Jelas sekali penglibatan anak perempuan Shahrizat Jalil, Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh dalam laman web tersebut. Tambah menarik, email beliau menggunakan domain NFC (sebut National Family Corruption).

Selain itu, sebuah portal berita berpengaruh Singapura, Cyberita yang juga merupakan anak syarikat Asione pernah menyiarkan laporan ringkas tentang pemilik restoran MeatWorks di Ion Orchard tersebut.

Di bawah tajuk "Si jelita tauke restoran", Cyberita mendedahkan bahawa anak perempuan Shahrizat Jalil, Cik Izzana Salleh sebagai pemilik restoran tersebut [Cyberita].



Malah Cyberita turut menceritakan tentang projek lembu di Gemas Negeri Sembilan Malaysia yang diusahakan oleh keluarga, Cik Izzana Salleh yang digambarkan sebagai dari keluarga terkenal di Malaysia.

Portal itu turut menyebut bahawa keluarga pemilik restoran MeatWorks ini mengusahakan sebuah projek Nasional Malaysia yang berkaitan dengan lembu.


ReJaM© "Nantikan pendedahan skandal seterusnya..."
Baca artikel ini >>

MeatWorks restoran mewah keluarga Shahrizat di Singapura



SEBELUM ini telah disiarkan beberapa keping gambar kondominium mewah Orchard Scotts di Singapura milik keluarga Shahrizat Jalil yang dibeli menggunakan wang NFC (sebut National Family Corruption) [Kondo Singapura].

ReJaM© bersama aktivis jingga 13 juga berjaya menemukan Restoran Makanan Mewah, MeatWorks milik keluarga Shahrizat di Ion Orchard, Singapore yang menjadi kontroversi baru-baru ini.

Di restoran mewah inilah salah satu destinasi terakhir daging-daging lembu dari ladang NFC dihantar.


Aktivis Jingga 13 dapat melihat dengan mata kepala mereka sendiri, kehebatan Restoran makanan mewah, MeatWorks yang terletak di dalam bangunan sebuah pusat membeli belah mewah yang terletak di tengah-tengah kota Singapura itu.

Setibanya kami di situ, kami disapa oleh seorang pekerja wanita berbangsa cina. Salah seorang aktivis Jingga 13, Kwan Chen memberitahu bahawa wanita itu berasal dari Negara Cina berdasarkan dialek dan cara pertuturannya.


Kehadiran kami sekitar hampir jam 1:30 petang menyaksikan tiada pengunjung yang hadir untuk menjamu selera di situ. Berbeza dengan restoran bersebelahan yang dipenuhi pelanggan.


Oleh kerana bimbang dengan harga makanan di MeatWorks ini yang terlalu mahal, maka kami mengambil keputusan untuk tidak memesan sebarang makanan mahupun minuman, sebaliknya sekadar duduk sebentar untuk merakam gambar.

Tambahan pula kami bimbang dengan status halal makanan dan minuman di restoran ini kerana tiada sebarang logo ataupun sijil Halal keluaran Majlis Ugama Islam Singapura, Muis dipaparkan.


Nampaknya sudah terang lagi bersuluh. Wang rakyat RM257 juta yang disalurkan kepada NFC untuk melaksanakan projek impak tinggi membekalkan daging seluruh Malaysia sudah jadi projek impak tinggi bekalkan daging ke restoran mewah menteri.

Bekalan daging lembu di negara sendiri pun masih tak cukup, boleh pula bekalkan daging untuk negara jiran Singapura?

Senang betul jadi keluarga menteri. Nak meniaga boleh pakai duit rakyat RM257 juta bagi alasan nak bantu negara. Tak pernah bela lembu pun boleh dapat projek ratusan juta ringgit.

Siap boleh beli kondo mewah merata negara, beli kereta mewah ratusan rubu ringgit, beli tanah bagai. Apa ada hal? Kalau kantoi wanita Umno boleh tolong back up.

Upah RM500, bagi kain sutera 4 ela sorang dah boleh singsing lengan berdiri belakang Shahrizat masa Shahrizat nak selak kain kah kah kah... Tak percaya tanya wanita-wanita Umno yang berdiri belakang Shahrizat. jangan bohong Allah nampak...



ReJaM© "RM257 Juta wang rakyat diperlakukan macam duit bapak dia..."
Baca artikel ini >>

28/12/2011

Video pembongkaran aset NFC di Singapura




JINGGA 13 terus konsisten dengan jenayah rasuah dan penyalahgunaan kuasa di semua peringkat termasuk peringkat nasional apatah lagi apabila ianya melibatkan wang rakyat. Penentangan yang berterusan adalah syarat rakyat telah mula muak dan bosan dengan keadaan semasa. Atas keadaan itu, Jingga 13 mengambil inisiatif menyiasat dan membongkar sendiri kebenaran mengenai dakwaan mengenai wujudnya pembelian aset di Singapura oleh National Feedlot Corporation.

Pada 23 Disember 2011 yang lalu, Jingga 13 telah pergi ke Singapura untuk melihat sendiri kesahihan dakwaan melibatkan pembelian kondominium mewah bernilai RM 10 juta dan pengaliran wang keluar untuk perniagaan MeatWorks, sebuah restoran mewah. Berikutan itu kami merakamkan video eksklusif untuk didedahkan kepada paparan umum.

Jingga 13 ingin menjemput dengan segala hormatnya, tuan-puan rakan media untuk hadir esok bagi melihat sendiri rakaman video eksklusif kondominium mewah Orchrad Scott dan restoran mewah MeatWorks ION Orchrad di Singapura sebagai bukti kewujudan pemilikkan dua aset ini di luar negara, hasil pinjaman mudah NFC dari kerajaan untuk projek integrator fidlot kebangsaan.

Sidang video akan berlangsung di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Merchant Square pada hari esok 29 Disember 2011 pada pukul 2.00 petang. Turut hadir nanti adalah Ketua Wanita Keadilan, Yb Hajjah Zuraida Kamarudin dan Pengarah Strategik PKR, Saudara Rafizi Ramli.

MUAFAKAT. PRIHATIN. BERANI

Saifuddin Shafi Muhammad
Setiausaha Jingga 13

013-3927477

ReJaM© "Shahrizat kata nak selak kain, biar kami tolong selak"
Baca artikel ini >>

27/12/2011

Ekslusif, Kondo mewah keluarga Shahrizat di Singapura


LANTARAN pendedahan saudara Rafizi Ramli sebelum ini, berhubung pembelian kondominium mewah di Singapura oleh keluarga Shahrizat Jalil, ReJaM© bersama kumpulan aktivis Jingga 13 telah melakukan lawatan ke kondominium tersebut.

Kami berjaya menemukan kondominium yang dimaksudkan di alamat, 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore seperti yang dilaporkan di dalam dokumen pendedahan tempoh hari.

Gambar di bawah ini diambil di pintu masuk ke kondo mewah tersebut (dalam gambar, saudara Fariz Musa Ketua Koordinator Jingga 13). Pada mulanya kami dihalang untuk masuk ke kawasan kondominium oleh pihak keselamatan.


Kami terpaksa melakukan beberapa muslihat supaya dibenarkan masuk. Namun kami dihalang untuk mengambil gambar dengan alasan ini merupakan kawasan persendirian. Hanya kamera Hp yang berjaya diseludup masuk.

Difahamkan, Orchad Scotts merupakan kondominium antara yang paling selesa dan luas di Singapura. Kawasan ini juga merupakan kawasan kediaman golongan elit di kota yang pernah dikenali sebagai Pulau Temasik itu.


Di bawah ini beberapa keping gambar yang berjaya diambil secara "curi-curi" di dalam kawasan kondominium Orchard Scotts. Mujur pihak pengawal tak nampak, kalau nampak mampos!


Salah sebuah unit kondo mewah di Orchard Scotts ini didaftarkan pembeliannya menggunakan nama suami Shahrizat dan dua orang anaknya secara milikan bersama. Duit rakyat RM250 juta untuk bela lembu diguna untuk kumpul kekayaan.






ReJaM© "Selepas ini kita dedahkan pula Restoran Makanan Mewah family Shahrizat di Singapura..!"
Baca artikel ini >>

24/12/2011

Kantoi! Gambar gay Filipina diguna untuk fitnah Adam Adli!


TENTU anda sudah sedia maklum dengan fitnah terbaru blogger-blogger United Malays No Otak berhubung penyebaran gambar bogel yang didakwa sebagai gambar Adam Adli baru-baru ini.

Kita sedia maklum United Malays No Otak, Umno memang gemar memainkan politik lucah untuk menjatuhkan kredibiliti serta mengaibkan pihak lawan mereka.

Pelbagai fitnah direka supaya rakyat percaya mana-mana pihak lawan Umno terbabit dengan skandal seks, gay, zina dan sebagainya. Kalau kita lihat blog-blog United Malays No Otak tidak ubah seperti blog lucah tanpa sempadan.


Adam Adli yang menurunkan gambar Najib selama lima minit baru-baru ini tidak terlepas daripada fitnah mereka.

Malangnya fitnah mereka terbongkar apabila gambar yang disebarkan oleh blogger-blogger United Malays No Otak yang didakwa adalah gambar adam Adli sebenarnya merupakan gambar Gay Filipina.



Gambar tersebut telah dimuat naik ke internet sejak 2010, di salah sebuah blog Gay Filipina. Malah terdapat gambar lelaki ini yang menunjukkan kemaluan yang tidak bersunat (Link lucah tidak disediakan harap maklum).

Apa pun terima kasih kepada pakcik google kerana membantu ReJaM© menemukan "similar image" yang berjaya membongkarkan fitnah ini.

Sekiranya anda ada niat untuk menentang United Malays No Otak, Umno, maka bersedialah untuk difitnah dengan gambar-gambar bogel yang seiras dengan wajah anda. Sebarkan!

ReJaM© "Politik lucah taktik meraih sokongan rakyat kepada Umno"
Baca artikel ini >>

22/12/2011

Pemuda Umno PJ tidak bertamadun kata Dr Asri


BEKAS mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin menyifatkan kata-kata yang dilontarkan oleh Pemuda Umno Petaling Jaya sebagai tidak bertamadun dan memalukan serta berharap anak muda supaya bangkit menentang puak-puak seperti ini.

Difahamkan beliau telah menonton video rakaman bagaimana Pemuda Umno Petaling Jaya yang mengugut mahu meludah dan menyepak mahasiswa berhubung insiden menurunkan gambar Najib baru-baru ini.

Kenyataan beliau disuarakan melalui laman microblogging twitter milik beliau [Twitter].

"Mmalukn, sy tonton video Pmuda UMNO PJ nak ludah dan sepak Mahasiswa. Kata2 x brtamadun. Hrp anak muda bgkit mnolak puak mcm ini."




Tambahnya lagi, beliau berharap agar mafia dan gangster tidak akan menguasai negara ini [Twitter].



Semakin pelik kita lihat perangai United Malays No Otak ini. Sebelum ini mereka membuat aksi jijik menghantar kek "taik manusia" ke pejabat Kerajaan Negeri Pulau Pinang rujuk sini [Umno Taik].

Kita hairan, politik apa yang cuba diamalkan oleh mereka selama ini? Tidak cukup dengan politik lucah, politik taik, kini politik gangster menjadi amalan mereka. Konon nak jadi panglima Melayu terbabas jadi "panglima ludah" puihh puihh puihh...


ReJaM© "Orang gila dipilih jadi pemimpin, inilah jadinya..."
Baca artikel ini >>

Dr. Hassan Ali Patut Ketuai Tuntutan Royalti Minyak & Gas Kelantan


Gua baru lepas tengok rancangan "Soal Jawab TV3", Wawancara Khas bersama Dr. Hassan Ali. Hassan Ali kira entiti istimewa yang wujud dalam Parti PAS sebab dia ni la 1-1 nya tokoh dalam PAS yang dapat banyak slot khas dalam Media Perdana UMNO/BN.

Lain-lain Pimpinan PAS jangan harap dapat slot khas dalam Media Perdana. Menteri Besar Negeri Kelantan selepas 23 tahun mentadbir Negeri Kelantan, haram sekalipun tak pernah dapat slot khas macam yang bin Ali dapat.

baca selanjutnya >>>
Baca artikel ini >>

Mahasiswa boleh berpolitik kalau sokong Najib!


SELAMA ini semua orang sedia maklum bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti, AUKU diwujudkan untuk melarang mahasiswa daripada menunjukkan sokongan kepada mana-mana parti politik.

Pelajar dihalang berpolitik dengan alasan mereka harus menghabiskan pengajian terlebih dahulu supaya dapat menumpukan diri kepada pelajaran.

Bagaimanapun, Pakatan Rakyat mempunyai pandangan yang berbeza, mereka menyokong mahasiswa untuk berpolitik. Kita sedia maklum bahawa Tun Mahathir mula berpolitik sejak di zaman kampus lagi begitu juga dengan Anwar Ibrahim.

Tapi bila Tun Mahathir sudah menjadi pemimpin, beliau melarang pula mahasiswa untuk berpolitik. Kenapa? Sifirnya mudah, mahasiswa dilarang berpolitik jika menyokong pembangkang, tapi kalau sokong Najib tak mengapa.

Nak berpolitik boleh tapi kena sokong Najib, kalau sokong selain kerajaan maka berpolitik menjadi haram dikalangan pelajar. Kalau sokong Najib barulah halal kah kah kah.



Ini semua taktik nak mempertahankan kuasa. Bila mahasiswa berdemo memperjuangkan kebebasan akademik, mereka halang, siap ada panglima yang nak tampar nak ludah mahasiswa.

Tapi bila sokong najib, maka tiba-tiba mahasiswa boleh pulak berpolitik. Ini kerja apa ni? Ini kerja pemimpin gila kuasa nak pertahankan kedudukan, orang lain tak boleh tapi mereka boleh!

ReJaM© "Kalau sokong Najib, kambeng pun boleh berpolitik kah kah kah..."
Baca artikel ini >>

21/12/2011

Kondo mewah didaftarkan terus dengan nama keluarga Shahrizat


SATU lagi kondo mewah dipercayai dibeli menggunakan wang rakyat RM10 juta oleh NFC (sebut National Family Corruption) didedahkan semalam, rujuk sini [Singapore].

Sebelum ini keluarga Shahrizat didedahkan membeli kondo mewah One Menerung di Bangsar berharga RM9.8 juta menggunakan dana NFC.

Kali ini, keluarga Shahrizat dikesan membeli sebuah lagi kondominium mewah beralamat di 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore 229955 pada 27 Januari 2010.

Di bawah ini disertakan dokumen carian rasmi sebagai bukti pemilikan kondominium mewah tersebut.

Ia dibeli pada harga S$4,107,600 (RM9.8 Juta) dan luasnya adalah 2,282 kaki persegi, iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah tengah-tengah kota Singapura.

Lebih menjijikkan bila mana ia didaftarkan terus di atas nama keluarga mereka, berbanding dengan pembelian dua buah kondominium mewah di One Menerung yang didaftarkan di atas nama syarikat National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd.



Dokumen penuh sila download [Land Authority]

Lihat dengan mata kepala anda sendiri. Duit rakyat diperlakukan seperti duit mak bapak dia. Rakyat bersusah payah bertungkus lumus mencari sesuap nasi, menteri yang diberi amanah mengaut kekayaan untuk keluarga.

Wanita Umno, turut sama diperbodohkan supaya membela Ketua Wanita mereka yang sudah kekenyangan membolot kekayaan. Pemimpin tersenyum lebar bila pengikut mereka berjaya diperbodohkan.

ReJaM© "Penat Wanita Umno terjerit-jerit pertahankan Shahrizat tapi apa pun tak dapat..."
Baca artikel ini >>

Seperti biasa penipuan Utusan kantoi lagi!


AKHBAR propaganda perosak minda rakyat, Utusan Malaysia semakin hari dilihat semakin menggila. Penipuan demi penipuan dilakukan depan mata, depan batang hidung pembacanya.

Kita semakin hairan, apa sebenarnya tujuan Utusan Malaysia menipu secara terang terangan begini? Adakah editor mereka sudah hilang akal? Atau mungkin ada di kalangan staff mereka sendiri ingin menjatuhkan kredibiliti Utusan?

Terbaru mengenai isu menurunkan bendera yang memaparkan gambar Najib oleh mahasiswa menjadi topik hangat di internet. Bendera tersebut diturunkan selama kira-kira 5 minit oleh mahasiswa sebagai tanda bantahan.

Sebaliknya Utusan melaporkan berita yang jauh menyimpang dari cerita sebenar. Mereka menyiarkan tajuk "Mahasiswa koyak bendera" [Utusan].



Namun yang lucunya, tajuk "mahasiswa koyak bendera" tapi di dalam laporannya tiada satu pun perkataan koyak bendera ditulis kah kah kah. Tajuk dan laporan tiada kena mengena kah kah kah...

ReJaM© "Makin hari Utusan semakin gila dan bangga memalukan diri sendiri..."
Baca artikel ini >>

20/12/2011

Kantoi lagi! Kondo mewah keluarga Shahrizat di Singapore!




TIDAK cukup dengan pelbagai skandal yang didedahkan sebelum ini terhadap syarikat lembu NFC (sebut National Family Corruption) milik keluarga Shahrizat Jalil, kali ini satu lagi skandal didedahkan.

Rupa-rupanya, lembu NFC bukan sahaja tinggal di kondo mewah One Menerung, malah lembu-lembu NFC begitu dimanjakan sehingga ada juga kondo tempat tinggal mereka di Singapura [Twitter].



Sebuah kondominium mewah beralamat di 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore 229955 oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil pada 27 Januari 2010 (Sumber: Land Authority Singapore).

Kondominium ini dibeli pada harga S$4,107,600 dan luasnya adalah 2,282 kaki persegi, iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah di tengah-tengah kota Singapura itu.

Harga kondo mewah tersebut dianggarkan bersamaan dengan RM9.9 juta pada kadar tukaran mata wang semasa.

Carian rasmi menunjukkan ia didaftarkan secara bersama di atas nama Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh.


ReJaM© "Bukti-bukti dakwaan ini akan didedahkan selepas ini tunggu!"
Baca artikel ini >>

19/12/2011

Harga kapal peronda RM6 bilion sudah jadi RM9 Bilion!


UTUSAN pada 5 Feb lalu melaporkan bahawa kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM6 bilion untuk membina 6 buah kapal peronda generasi kedua (SGPV) yang akan digunakan oleh TUDM.

Ini bermakna harga purata bagi sebuah kapal peronda tersebut adalah RM1 bilion. Rujuk keratan laporan Utusan di bawah [Utusan].



Dalam hal pembelian enam Kapal Peronda ini, pada awalnya Kerajaan Malaysia telah mengumumkan sejumlah RM6 Billion diperuntukkan untuk pembinaan kapal tersebut.

Tetapi Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd dilaporkan oleh The Edge, telah menerima ‘Letter of Award’ dari Kementerian Pertahanan bernilai RM9 Billion [The Edge].

Kenapa ada lebihan RM3 Bilion? Komisyen untuk siapa pula?



Kita tunggu model negara mana pula akan dibunuh di dalam hutan Puncak Alam. Kita tunggu siapa pula yang akan bersumpah di masjid untuk menafikan bahawa dia terlibat membunuh si mati.

Seperti biasa duit rakyat dibantai sesuka hati, rakyat pula ditipu bulat-bulat oleh pemimpin yang berpura-pura telus dan amanah. Nantikan juga alasan-alasan teknikal dan bahasa-bahasa pelik diguna untuk menipu orang kampung ayam itek lembu dan kambeng.


Sumber: [Anak Sungai Derhaka]

ReJaM© "Projek pertahanan negara tempat ahli politik makan duit..."
Baca artikel ini >>

Turun Bendera Najib, kami tidak akan minta maaf!






KUALA LUMPUR, 19 Dis — Kumpulan mahasiswa yang menurunkan bendera wajah Datuk Seri Najib Razak di pekarangan ibu pejabat Umno di sini kelmarin menegaskan, mereka tidak akan memohon maaf kepada perdana menteri atas insiden itu.

Sebaliknya, pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), yang mengadakan demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebelum insiden itu berkata, pihaknya tidak nampak perlunya mereka harus memohon maaf.

“Kami tidak akan meminta maaf. Kita tak perlu meminta maaf. Tindakan menurunkan bendera Datuk Seri Najib selama lima minit dan kemudian dinaikkan semula seharusnya dilihat sebagai satu mesej jelas mahasiswa bahawa perdana menteri perlu serius mendengar suara kami, suara rakyat” kata Pengerusi SMM Ahmad Syukri Abdul Razak ketika dihubungi The Malaysian Insider tengah hari ini.

Memorandum itu diserahkan kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah di pekarangan ibu pejabat Umno petang kelmarin.
Sebelum itu, mereka menyerahkan memorandum kepada wakil Suhakam.

Difahamkan insiden menurun dan menaikkan semula bendera wajah Najib terjadi sebelum majlis penyerahan memorandum kepada Saifuddin.

Dalam kenyataan dikeluarkan tengah hari tadi, Saifuddin mengulangi pendiriannya mengutuk perbuatan menurunkan bendera wajah Najib tetapi menegaskan, insiden itu tidak akan mengganggu komitmen kerajaan meminda AUKU.

Saifuddin menambah, beliau membuat kenyataan ini bagi mengulangi dan menjelaskan pendiriannya seperti yang telah nyatakan dalam Twitter dan Facebook kelmarin bahawa insiden menurunkan bendera gambar Najib selaku Presiden Umno di PWTC adalah perbuatan terkutuk.

“Dan bahawa pihak yang bertanggungjawab iaitu SMM dan Gerakan Bebas mesti meminta maaf,” katanya lagi.

Pemuda Umno juga mengecam insiden itu semalam.

Saifuddin menambah: “Saya ingin menjelaskan bahawa kehadiran saya di tempat insiden itu hanyalah semata-mata untuk menerima Memorandum daripada SMM dan Bebas.”

Mengulas lanjut pendirian mereka, yang diputuskan malam tadi, Ahmad Syukri berkata tindakan menurunkan bendera, yang dipercayai dilakukan oleh seorang peserta demonstrasi, sebenarnya tidak menggugat kedudukan mana-mana pihak termasuk Najib sendiri.

Bagaimanapun jelas beliau, pihaknya ingin menyampaikan mesej yang jelas kepada Najib dan ahli-ahli politik supaya jangan membuat kenyataan bersifat retorik dan sandiwara semata-mata.

“Kita telah melihat sandiwara politik sejak kebelakangan ini, bermula dari 16 September, bahawa ISA, peruntukan Akta Polis akan dimansuhkan bagi memberi kebebasan perhimpunan, tetapi lain yang berlaku.

“Datuk Seri Najib kata mahu memansukan peruntukan dalam AUKU tetapi masih mahu membuat rayuan (berhubung kes empat pelajar UKM). Jadi, bagi kami ini semua satu sandiwara politik,” kata beliau lagi sambil menambah, “mahasiswa mahu memberi amaran dan mesej yang jelas kepada kerajaan, kepada perdana menteri.”

“Insiden menurunkan bendera hanyalah ekspresi, luahan perasaan pelajar. Kalau retorik politik ini berterusan, mahasiswa akan menggerakkan seluruh tenaga pelajar untuk mengubah rejim semasa menerusi saluran demokrasi nanti,” katanya lagi.

Ketika ditanya apakah tindakan mereka enggan memohon maaf bertentangan dengan pendirian sederhana diperlihatkan oleh Saifuddin yang sanggup menerima memorandum mereka kelmarin, Ahmad Syukri berkata, pihaknya tidak melihat ia akan menjejaskan imej timbalan menteri itu.

“Sebaliknya kami berharap Datuk Saifuddin akan lebih berani memperjuangkan keterbukaan dan kepentingan generasi muda,” katanya lagi.

Sumber: [TMI]

Baca artikel ini >>

Isu Bank Dunia: Kesian Tun Mahathir kantoi menipu rupanya


SEBAGAI respon dakwaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bahawa Tun Mahathir secara senyap-senyap terlibat meminta bantuan kewangan dari Bank Dunia, tun menafikan penglibatannya.

Tambah lucu beliau meminta Anwar Ibrahim yang dituduhnya sebagai menjadi dalang meminjam wang daripada Bank Dunia agar bersumpah bersama-sama dengan menjunjung Al-Quran.


Walaupun Mahathir terus menafikan penglibatannya meminjam wang dari Bank Dunia, laman web rasmi Badan Kewangan terbesar dunia itu mendedahkan perkara sebaliknya.

Laman web itu menunjukkan bahawa empat permohonan pinjaman dari Malaysia telah diluluskan oleh Bank Dunia melibatkan wang berjumlah US$704 juta (RM2.24 bilion) Sila check sendiri klik [World Bank].



Mahathir kata dia halau keluar pegawai Bank Dunia yang datang ke pejabatnya untuk menawarkan pinjaman. Jadi mengapa Bank Dunia boleh meluluskan pinjaman Malaysia pula?

Perlu diingat, Anwar Ibrahim telah dipecat oleh Mahathir pada 3 September 1998. Pada waktu itu Mahathir merupakan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan. Jadi siapa yang pinjam duit dari Bank Dunia? Hantu ke?

ReJaM© secara peribadi berpendapat tidak salah jika Mahathir mahu meminjam duit dari Bank Dunia asalkan beliau tahu bagaimana untuk membayarnya semula tanpa membebankan rakyat, tanpa menjejaskan negara.

Tapi yang menghairankan, kenapa beliau berkeras menafikan beliau ada meminjam duit dari Bank Dunia? Sebaliknya menuduh Anwar yang memujuk agar beliau meminjamnya?

Jika tidak ada pinjam, kenapa Bank Dunia boleh luluskan? Bank Dunia ke yang gila? Barangkali kita tak boleh salahkan Mahathir, kerana beliau sudah terlalu tua, barangkali ingatannya juga sudah kurang baik. Anggaplah beliau lupa.


ReJaM© "Jangan salah faham, lupa dan nyanyuk lain ejaan kah kah kah..."
Baca artikel ini >>

17/12/2011

Terdesak! Anda dibayar RM5 jika sanggup baca Utusan!


BIASANYA kita perlu membayar untuk melanggan sumber berita dari portal-portal berita. Apa yang melucukan, Utusan pula terpaksa melakukan perkara yang sebaliknya. Jika anda sanggup baca Utusan, anda pula yang akan dibayar.

Salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM mendedahkan bagaimana akhbar propaganda yang sudah tak laku ini terpaksa membayar orang ramai supaya membaca berita-berita propaganda yang dikeluarkan oleh mereka.

Jangan tak tahu! Jika anda bersetuju untuk menerima berita-berita terkini di dalam telefon bimbit anda yang dihantar oleh Utusan, mereka akan membayar RM5 dalam bentuk prabayar telefon.



Tak sangka sampai begini sekali mereka terdesak untuk menyebarkan propaganda. Orang buat akhbar untuk dijual, supaya dapat untung. Tapi Utusan buat berita dan bagi duit jika orang sanggup baca kah kah kah.

Inilah nasib akhbar propaganda tak laku. Nak suruh orang baca pun terpaksa bagi upah. Apa yang jelas, jika orang terima upah pun mereka tetap tak mahu baca Utusan sebab dah tau banyak berita tipu kah kah kah.

Persoalannya dari mana mereka dapat duit yang banyak untuk membayar pembaca-pembaca mereka? Nak tahu? Rujuk sini [SKMM]


ReJaM© "Adoi! Luculah diorang nih desperate tahap gaban kah kah kah..."
Baca artikel ini >>

16/12/2011

Waspada! Penyokong Shahrizat akan serang Tun Mahathir!


SEJAK semalam kecoh apabila penyokong-penyokong Shahrizat Jalil tokey LEMBU NFC (National Family Corruption) menyerang Ketua Umno Cheras kerana baru-baru ini beliau mendesak Shahrizat meletak jawatan. Rujuk sini [Utusan]

Beberapa keping gambar turut disebarkan kepada umum di dunia maya di bawah ini sebahagian gambar-gambar yang dimaksudkan.



Samseng-samseng penyokong Shahrizat dikatakan tidak berpuas hati bila tuan mereka disuruh meletak jawatan. Mana boleh beb, kalau Shahrizat letak jawatan, samseng-samseng ni nak makan apa?



Inilah wajah-wajah samseng Umno yang mempertahankan pemimpin korup. Projek Lembu Negara dengan wang rakyat RM250 juta diberikan kepada keluarga menteri yang tiada pengalaman menternak lembu.

Sudah terang lagi bersuluh begini pun masih ada orang yang nak pertahankan. Bila ada pemimpin Umno yang mendesak Shahrizat letak jawatan, pemimpin itu pula diserang oleh samseng.



Nampaknya Tun Mahathir kena stanby samseng yang lebih hebat kerana tempoh hari beliau telah menyuruh Shahrizat meletak jawatan sebelum dihalau. Bila-bila masa saja samseng Shahrizat akan menyerang Tun Mahathir pulak kah kah kah...

ReJaM© "Orang baik dan amanah susah nak naik dalam Umno selalu kena cantas..."
Baca artikel ini >>

15/12/2011

MARAH - Mobilisasi Rakyat Anti Rasuah & Pecah Amanah



MARAH adalah satu manifestasi daripada rasa ‘marah’ yang membuak-buak rakyat terhadap gejala penyelewengan, rasuah dan pecah amanah yang dilakukan oleh sekelompok manusiayang sanggup mempergunakan wang rakyat bagi memenuhi nafsu serakah tanpa rasa bertanggungjawab dan bersalah.

MARAH adalah satu gerakan rakyat yang ‘marah dan benci’ terhadap segala amalan penyelewengan, rasuah dan aktiviti pecah amanah yang semakin membarah di semua peringkat.

MARAH adalah satu gerakan rakyat menolak dan membenci terhadap kerakusan dan kejelekkan pimpinan politik penguasa dan pegawai-pegawai kerajaan yang mempergunakan kedudukan, status dan jawatan dalam merealisasikan kepentingan peribadi dan ahli keluarga serta diselindungi dari sebarang tindakan undang-undang.

MARAH adalah satu usaha dalam mengangkat maruah institusi penguatkuasaan dan undang-undang agar telus, profesional dan berintegriti dalam melaksanakan amanah tanpa mengira sesiapa agar sistem keadilan berada di atas landasan sebenarnya serta diyakini oleh rakyat .

MARAH adalah gerakan rakyat menolak amalan nepotisme dan kronisme serta mengangkat amanah rakyat dengan penuh rasa ketanggungjawaban serta mampu membendung segala ketirisan dan kebocoran .

MARAH adalah ‘mata dan telinga’ rakyat yang akan terus memantau, memerhati dan mendengar dengan menggunakan akal fikir dalam usaha menentang segala bentuk penyelewengan, rasuah dan pecah amanah terutama melibatkan wang rakyat .

MARAH adalah tuntutan rakyat yang mencintai agama , bangsa dan negara agar direformasikan secara total serta mampu menjana tatakelola pengurusan yang lebih telus, adil dan profesional .


ReJaM© "Gerakan yang bakal membuatkan pemimpin korup panas bontot..."
Baca artikel ini >>

SKMM diberi amaran jangan ganggu blogger upahan BN!


SEBELUM ini pernah didedahkan bagaimana Barisan Nasional memperuntukkan RM10 Juta untuk blogger-blogger mereka sempena Pilihanraya Negeri Sarawak, rujuk sini [PRN Sarawak].

Maklumat terbaru yang diperolehi daripada "orang dalam", kali ini Najib membentuk sepasukan blogger-blogger upahan untuk psywar media baru (internet).

Kebanyakan blogger-blogger ini terdiri daripada wartawan NST dan Berita Harian yang diketuai oleh Setiausaha Media Najib, Tengku Sarifuddin dan Rockybru [Nik Nazmi].


Peruntukan sebanyak RM10 Juta juga disediakan malah akan turut ditambah dari masa ke semasa sehingga pilihanraya umum ke 13.

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, SKMM telah diberi amaran agar jangan mengganggu kumpulan blogger-blogger upahan ini meskipun mereka mengeluarkan artikel yang berbaur perkauman, hina Islam, agama lain serta mengaibkan pemimpin bukan BN dan lain-lain [Nik Nazmi].


Blogger-blogger upahan ini akan dikerah untuk mengeluarkan artikel-artikel bagi menaikkan nama Najib sebagai tokoh yang patut diundi oleh orang bukan Melayu terutama kaum Cina.

Peranan Rais Yatim sebagai Menteri yang diberi kuasa mengawal SKMM dipersetankan kerana didakwa tiada nilai tambah kepada pentadbiran Najib dalam hal ini [Nik Nazmi].



ReJaM© "Tikus akan mengeluarkan kentut paling busuk sebelum mati..."
Baca artikel ini >>

Blogger dan Aktivis Maya Umno Kedah sertai PAS


BLOGGER dan aktivis maya UMNO, Husaini Harun, yang terkenal dengan serangan-serangan terhadap PAS di alam maya sebelum ini, kini menyerahkan borang permohonan untuk menyertai PAS.

Borang diserahkan kepada Timbalan YDP PAS Kawasan Alor Setar, Haji Zulkifli Yahaya di pertemuan santai bloggers dan rakan maya PAS Daerah Kota Setar yang diadakan Pejabat PAS Kawasan Alor Setar.





Sementara itu satu majlis rasmi penyertaan beliau dan rakan-rakan muda secara beramai-ramai ke dalam PAS akan diadakan di kawasan DUN Bakar Bata

Sementara itu seorang lagi blogger UMNO Kedah dijangka menyertai PAS dalam masa terdekat.

Penyertaan mereka ke dalam PAS merupakan pukulan terhadap kumpulan aktivis maya UMNO Kedah kerana mereka adalah anak didik kepada Dr. Novandri dan Papagomo dan telah menyertai banyak kem latihan cyber troopers UMNO.



Sumber: [Lidah Rakyat]

ReJaM "Jangan menyesal pulak masuk PAS sebab tak ada upah-upah..."
Baca artikel ini >>

Kanak-kanak parah diserang siamang di Zoo Melaka (video)




SEORANG kanak-kanak lelaki yang melawat Zoo Melaka bersama ibu bapanya diserang dan dicakar seekor siamang jantan menyebabkan daging kaki kanannya terkoyak hingga menampakkan tulang dalam kejadian yang berlaku petang semalam.

Haiwan tersebut sebelum itu bertindak ganas terhadap seorang kanak-kanak perempuan menyebabkan kecederaan ringan di tumit kanan.

Muhammad Afiq Haziq, berusia tiga tahun sembilan bulan kini mendapat rawatan di Hospital Melaka manakala kanak-kanak perempuan itu, Zukrina Abdul Hadi, 5, dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan pesakit luar di hospital sama.

Ketika kejadian yang berlaku pukul 2.30 petang itu, Muhammad Afiq didukung bapanya, Kamarul Baharin, 38, bersama isteri, Anita Sulaiman, 36, bersiar-siar di dalam zoo berkenaan.

Kata Anita, selepas sejam bersiar-siar, dia sekeluarga melewati kawasan khas seperti pulau terbuka yang di kelilingi kolam menempatkan siamang jantan.

"Tiba-tiba saya dikejutkan dengan jeritan orang ramai dan apabila menoleh ke belakang saya melihat 30 hingga 40 pengunjung lari bertempiaran seperti dikejar sesuatu," katanya ketika ditemui di Hospital Melaka hari ini.

Dalam suasana panik ketika itu, kata Anita, secara tiba-tiba seekor siamang jantan muncul lalu bertindak agresif dengan menerkam dan menggigit kaki kanan anaknya.

"Dalam ketakutan saya terus berlari ke arah anak bongsu saya dan cuba menyelamatkannya," ujarnya.

Katanya, dalam suasana cemas itu dia melihat suaminya menarik bulu di kepala siamang itu supaya melepaskan kaki anaknya yang ketika itu sudah terkulai dan berlumuran darah.

"Haiwan itu langsung tidak berganjak dan mujurlah seorang pengunjung yang kebetulan berada di situ bertindak menyepak perut siamang itu menyebabkan haiwan itu melarikan diri," katanya.

Baca artikel ini >>

Utusan mulakan gerakan paksa Shahrizat letak jawatan


SEBELUM ini ramai pemimpin-pemimpin dari Barisan Nasional secara terbuka menggesa Shahrizat meletak jawatan berhubung skandal RM250 juta lembu NFC (sebut National Family Corruption).

Malah Mahadewa Umno, Tun Mahathir turut mengeluarkan kenyataan tegas menyuruh Shahrizat meletakkan jawatan (berundur) sebelum "dihalau" dari partinya sendiri [Tun Mahathir].

Berita begini biasanya tidak akan disiarkan oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, namun nampaknya akhbar itu sudah menerima arahan untuk mengkambeng hitamkan Shahrizat.


Nampaknya mereka sudah sedar bahawa satu persatu penyelewengan Shahrizat dan NFC akan didedahkan jika beliau terus duduk di kerusi empuk menteri.

Maka, watak Shahrizat harus dimatikan bagi mengurangkan serangan terhadap Umno dan Barisan Nasional.

Eloklah letak jawatan, tapi jangan lupa pulangkan duit rakyat RM257 juta. Jangan kamu ingat sudah letak jawatan maka kamu boleh "joli" duit rakyat!

ReJaM© "Lepas Shahrizat, pemimpin lain pulak kita akan dedahkan!"


Artikel Berkaitan:
Baca artikel ini >>

14/12/2011

Bongkar! Chalet mewah Cempakasari milik Shahrizat Jalil


BARANGKALI ramai yang tak tahu bahawa Menteri yang terpalit dengan skandal RM250 juta lembu NFC (sebut National Family Corruption), Shahrizat Jalil memiliki sebuah Chalet mewah di Janda Baik [Twitter Shahrizat].



Rupa-rupanya Cempakasari yang tersergam indah bagikan istana di Janda Baik ini dimiliki oleh keluarga tokey lembu NFC (National Family Corruption).

Bungalow dan Chalet mewah terletak di Janda Baik ini terbongkar apabila beliau sendiri yang membongkarkannya di Twitter [Twitter].



ReJaM© bersama beberapa orang rakan aktivis berjaya mengambil gambar Chalet tersebut. Difahamkan, Cempakasari yang bernilai jutaan ringgit ini dilengkapi perabot jati diimport khas dari Bali.


Buat masa ini kita dedahkan dulu pintu pagar Cempakasari. Kita cabar Shahrizat nafikan bahawa Cempakasari ini dimiliki oleh beliau dan keluarga. Jika beliau berani nafikan kita akan bagi lagi bukti-bukti seterusnya. Pendedahan lanjut menyusul.




ReJaM© "Lembu Kak Ijat duduk dalam Chalet juga ke? Kah kah kah..."
Baca artikel ini >>

Tun M nasihat ahli politik Umno agar jangan guna bomoh


AHLI politik dan pemimpin Umno dinasihatkan agar "jangan menggunakan bomoh untuk menang pilihanraya", itulah yang boleh difahami daripada artikel terbaru di blog Tun Mahathir [Chedet].

Umum mengetahui bahawa ramai pemimpin dan ahli politik Umno gemar menggunakan bomoh di dalam menentukan kemenangan mereka di dalam pilihanraya mahupun pemilihan di peringkat parti.



Tun Mahathir, bekas Perdana Menteri sememangnya sering menyampaikan amanat kepada pemimpin-pemimpin Umno melalui blog peribadinya chedet.co.cc baik secara tersurat mahupun tersirat.

Artikel terbaru di blog beliau yang bertajuk "TAKUT", menyampaikan mesej jelas menggambarkan situasi Umno yang kini begitu goyah dan gementar di dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Hal ini mengingatkan kita kepada sejarah yang pernah menggemparkan negara bagaimana salah seorang ahli politik Umno, Datuk Mazlan dibunuh oleh bomohnya sendiri, iaitu Mona Fendy [Mona Fendy]

Sudahlah wang banyak habis diberikan kepada bomoh, masa depan politik lebih cerah yang diharapkan, sebaliknya nyawa sendiri yang melayang.


ReJaM© "Harap-harap Lady Gajah pun baca blog Tun Mahathir..."
Baca artikel ini >>

Laporan SPRM terhadap pendedahan terbaru skandal NFC




JINGGA 13 akan mengadakan satu lagi laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap salah guna kuasa oleh Datuk Noh Omar, iaitu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani terhadap skandal penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC)

Laporan SPRM oleh Jingga 13 ini akan dibuat pada 14 Disember 2011, bersamaan hari Rabu jam 10.00 pagi, bertempat di Bangunan SPRM Selangor, Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam berhadapan dengan Hotel Grand Blue Wave.

Jingga 13 dengan penuh hormat ingin menjemput rakan-rakan media untuk sama-sama hadir pada hari dan waktu tersebut, kerana satu lagi pembongkaran skandal serta laporan yang akan dilakukan.

Ini bakal menunjukkan wajah sebenar pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional yang terkait dengan penyelewengan, rasuah dan pecah amanah.


SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD
Setiausaha
Jingga 13

Muafakat*Prihatin*Berani*


ReJaM© "Kita bagi Shahrizat selak kain lebih tinggi lagi..."
Baca artikel ini >>

Lelaki dihukum sebat sebanyak 2080 kali kerana merogol



SEBUAH akhbar rasmi Arab Saudi melaporkan, seorang lelaki telah disabitkan kesalahan merogol anak perempuannya dan dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan dihukum sebatan sebanyak 2080 kali sepanjang tempoh dipenjarakan.



Mahkamah di kota suci Mekah mendapati lelaki itu yang berasal dari Riyadh didapati bersalah merogol anak perempuannya sepanjang tujuh tahun ketika di bawah pengaruh dadah.

Akhbar Okaz Sabtu lalu melaporkan bahawa lelaki itu akan menerima sebatan secara berperingkat-peringkat di sepanjang tempoh dia dihukum penjara. Nama lelaki itu tidak disiarkan di dalam akhbar itu.

Seorang pegawai penguatkuasa agama di Arab Saudi mengatakan bapa saudara gadis itu yang memberikan maklumat dan melaporkan tentang jenayah itu.

Di Arab Saudi, hukum sebatan adalah salah satu bentuk hukuman yang dilaksanakan oleh para ulama yang bertindak sebagai hakim-hakim dan merupakan undang-undang kerajaan yang merujuk kepada tafsiran undang-undang Islam.

Sumber: Free Malays


ReJaM© "Harap-harap Pengetua Sekolah Mengandung tahu berita ni..."
Baca artikel ini >>

13/12/2011

The Star bongkar satu lagi beg tangan mewah Rosmah!


SEPERTI yang kita tahu, Rosmah Mansor memang gemarkan beg tangan mewah jenama Hermes Birkin yang harganya mahal nak mampos sehingga mencecah ratusan ribu ringgit.

Biasalah perempuan, semua nak sepadan. Kalau pakai baju biru, beg tangan pun nak warna biru. Kalau pakai baju kuning, beg tangan pun nak warna kuning. Lantaran itulah Rosmah memiliki banyak koleksi beg tangan mewah jenama Hermes Birkin.

Terbaru, portal berita milik MCA, The Star menyiarkan gambar Rosmah bergaya dengan satu lagi koleksi beg tangan Hermes Birkin miliknya.

Memandangkan bajunya berwarna merah, The Star mendedahkan Rosmah bergaya dengan beg tangan berwarna merah juga [The Star].


Baru-baru ini Dallas-based Heritage Auctions mengistiharkan lelongan sebuah beg tangan mewah wanita Hermes Diamond Birkin berwarna merah pada harga $203,150 (RM636,100) [Free Malays].



Jurucakap Heritage, Matthew Rubinger mengesahkan bahawa pemenang bidaan tersebut telah mengunjungi pemilik yang enggan namanya didedahkan kepada umum.

Beg tangan mewah itu diperbuat daripada kulit buaya merah yang juga dilengkapi dengan hiasan strap putih, serta kunci-kunci yang bertatahkan berlian.

Kalau tak usik gaji Najib setahun pun tak cukup nak beli seutas beg tangan Hermes Diamond Birkin. Apa lagi nak beli berutas-utas untuk dipadankan dengan baju-baju Rosmah?

ReJaM© "Dari mana Rosmah dapat duit banyak-banyak? Dia menabung ke?"

Sumber:[Pak Bakar], [Malaysia Today]
Baca artikel ini >>