Home » , » Perbaharui lesen mengikut tarikh lahir, rakyat terkena lagi!

Perbaharui lesen mengikut tarikh lahir, rakyat terkena lagi!



.
PADA 15 Nov lepas, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha kata, orang ramai boleh mula memperbaharui lesen memandu mereka mengikut tarikh lahir [Utusan]

Alasannya supaya rakyat lebih senang untuk mengingat tarikh tamat tempoh lesen memandu, atau mesej tersiratnya tiada alasan untuk orang ramai buat-buat lupa nak perbaharui lesen memandu.



Sebenarnya agak "suspicious" juga tiba-tiba sistem baru ini diwujudkan. Jelas sekali kerajaan menghadapi masaalah kewangan yang serius. Maka segala macam punca duit dimaksimakan.

Kita tiada masaalah dengan usaha kerajaan untuk menambah pendapatan negara. Namun di sebalik sistem baru perbaharui lesen ini rupa-rupanya terselit "agenda licik" mengenakan rakyat.

Salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM yang sudah "terkena" meminta diwar-warkan "agenda licik" tersebut melalui sebuah email yang dikirimkan.

Di bawah ini screenshot email yang dimaksudkan.



Rupa-rupanya sistem baru ini membolehkan pemegang lesen didenda atas nama "sistem baru". Jika benar dakwaan ini, memang celakalah menteri yang terlibat dengan "agenda licik" ini.

Selepas habis duit rakyat diberi kepada kroni lembu, rasuah dan pelbagai lagi penyelewengan, kini keringat rakyat "diperah" untuk memenuhkan kantung pilihanraya.

ReJaM© "Rakyat di'dungu'kan, duit diu'tamak'kan"

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger