Home » , » Gereja terbesar Asia Tenggara bakal siap di Bukit Jalil

Gereja terbesar Asia Tenggara bakal siap di Bukit Jalil




HAIRAN bin ajaib, majoriti rakyat negara ini adalah umat Islam, bilangan rakyat yang menganut Agama Kristian tidaklah terlalu banyak di negara ini.

Bilangan penganut agama Kristian di negara lain di Asia Tenggara lebih banyak bilangannya, seperti di Indonesia, dan Philipina.

Namun, gereja terbesar dan tercanggih Asia Tenggara bakal bertapak di Malaysia. Gereja ini yang diberi nama CCC atau Calvary Convention Centre sedang dibina bersebelahan Bukit Jalil Golf & Country Club berhadapan Anjung Hijau Kondominium.

Sebuah gereja yang terbesar di Malaysia dengan kos pembinaan melebihi RM100 juta tidak termasuk kos tanah RM35 juta.

Gereja 6 tingkat ini adalah antara gereja yang tercanggih di dunia. Dengan kapasiti auditoriumnya yang mampu memuatkan 5 ribu orang pada satu-satu masa [Sumber]

Apa tujuan gereja yang begitu besar dibina di negara ini? Kerajaan yang memerintah sudah hilang akal atau sudah kenyang menerima habuan?


Sejarah pembinaan gereja terbesar dan canggih ini bermula pada 15 February 2008 apabila tapak pembinaan gereja ini diserahkan secara rasmi kepada Nam Fatt Construction Sdn. Bhd untuk direalisasikan pembinaannya [Calvary Church].


ReJaM© bukan nak menghalang kebebasan beragama di negara ini. Tapi apa perlunya gereja terbesar Asia Tenggara dan antara yang tercanggih di dunia dibina di negara majoriti umat Islam? Siapa yang luluskan projek ini?

ReJaM© "Bila nak bina masjid terbesar di Asia Tenggara?"

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger