Home » , , » Video-video lucah Anwar Ibrahim di luar negara pulak!

Video-video lucah Anwar Ibrahim di luar negara pulak!



.
Politik lucah yang menjadi amalan gerombolan songkok tinggi, terus dimainkan oleh blogger-blogger pro-gerombolan. Mereka kini jelas sekali mempersetankan pandangan serta fatwa para ulama dan mufti sebaliknya bersungguh-sungguh mahu menyebarkan dan mengaibkan Anwar Ibrahim dengan video-video lucah dan skandal-skandal seks.

Isu jam omega dan pelacur cina sebelum ini tidak cukup kuat untuk menjatuhkan Anwar memandangkan terlalu banyak percanggahan fakta-fakta membuatkan ia telah menjadi cerita lucah yang lucu. Pelacur bertukar menjadi Pelajar Kolej Swasta, Hotel dah jadi kondominium, jam Omega pula dicuri bersama-sama kad pendaftarannya sekali. Pemilik jam omega juga gagal dibuktikan. Datuk T sudah menjadi Datuk Tongong.

Bagi menutup kepincangan video lucah sebelum ini yang sudah terbongkar, gerombolan songkok tinggi yang juga kaki video seks, terpaksa meletupkan isu video seks yang baru, supaya rakyat lupa kepada kepincangan video seks sebelum ini. Dengan ini Rakyat Malaysia akan terus menyokong kerajaan Barisan Nasional berkat hidayah dari video-video seks yang bakal dibongkarkan kononnya.

Di bawah ini screenshot yang diambil dari sebuah blog terkenal pro kerajaan yang membayangkan bahawa video-video seks Anwar Ibrahim di luar negara pula akan didedahkan.


Banyak pihak yang menunggu pembongkaran video-video seks terbaru ini. Ramai yang menjangkakan video lucah Anwar Ibrahim melakukan seks dengan haiwan dan tumbuh-tumbuhan turut sama akan dibongkarkan bagi menggambarkan kepada rakyat bahawa Anwar Ibrahim adalah manusia yang paling jahat di muka bumi.

Dijangka lebih 30 video seks Anwar Ibrahim akan dibongkarkan sekiranya 18 video seks yang berada di dalam simpanan dan pengetahuan Ummi Hafilda diambil kira. Pihak penjual VCD lucah antara yang tidak sabar mengaut keuntungan hasil jualan lebih 30 video-video seks yang bakal didedahkan nanti.



ReJaM© "Mungkin kali ini video seks Anwar akan ditayangkan di dalam masjid pulak"

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger