Home » , » Bukti ahli politik cuba gadai tanah Melayu!

Bukti ahli politik cuba gadai tanah Melayu!



.
Hari ni gua nak dedahkan kes seorang ahli politik yang selama ini lantang kononnya memperjuangkan dan membela nasib orang Melayu! Depan penyokong-penyokongnya dialah yang paling Melayu, dialah pembela bangsa Melayu, pengikut-pengikut dia pun ternganga dengan perjuangan Parti Melayu paling besar dalam dunia ni.

Itu kalau depan pengikut, depan penyokong, memang dialah yang paling lantang kononnya membela nasib Melayu, menjaga harta Melayu, memelihara tanah-tanah orang Melayu dan bumiputera.

Bagaimana pula kalau di belakang pengikut Parti Melayu terbesar di dunia ni? Macam biasalah beb, ini ahli politik kaki kencing, untuk tarik sokongan dia kata dialah pembela bangsa Melayu, tapi dalam diam-diam, duit punya pasal, Tanah melayu cuba dia nak sakau. Lu orang penyokong gerombolan songkok tinggi kena kencing beb dengan lu punya pemimpin haprak.

Di bawah ni gua sertakan bukti ahli politik pembohong. Tak cukup jelas tulisan lu boleh pakai kanta, kalau tak cukup jelas lagi lu boleh klik gambar dokumen kat bawah ni.



Konon nak bela Melayu, tapi harta melayu lu cuba nak gadai, boleh blah sama lu kaki kencing. Ini pemimpin sama perangai macam pemimpin gerombolan songkok tinggi kat Johor, depan penyokong konon bela Melayu, tapi lu tengok berapa banyak tanah Melayu Johor dah kena songlap? Lu fikirlah sendiri!

Lu kutuk Tuan Guru Nik Aziz sebab dia tak bangga dengan perjuangan Melayu kerana dia bangga dengan perjuangan Islam. Lu cari mana tanah Melayu kena gadai dengan Nik Aziz? Tak ada beb, Undang-undang Tanah Negeri Kelantan tidak membenarkan orang luar membeli tanah di Kelantan, orang Melayu luar Kelantan pun tak boleh beli.

Tuan Guru tak bangga dengan Melayu, tapi Melayu terbela, ini pemimpin konon perjuangkan Melayu, tapi tanah Melayu habis kena tapau.

Maklumat lanjut lu orang boleh klik sini [Malaysiawaves]

RentaP© "Lu orang kena kencing beb, habis basah kuyup!"

 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger