[Ads] Saksikan kisah-kisah yang memberikan inspirasi kepada warga Malaysia klik sini [#ProjectListen]

28/02/2011

Pemberian rasuah terbongkar di DUN Kerdau

Kongsi

Portal Malaysiakini melaporkan bahawa Barisan Nasional, BN secara senyap mengedarkan berkotak-kotak barang makanan kepada penduduk satu-satunya kampung Cina di Kerdau atas nama bantuan.

Kotak yang diangkut dengan trak petang ini diedarkan oleh beberapa orang yang memakai baju merah yang pergi ke beberapa rumah bagi mengenalpasti identiti penduduk.

Semua penduduk yang agak tua yang enggan dikenali berkata mereka didatangi beberapa orang yang mahu memberikan "bantuan makanan" secara percuma dengan syarat pelekat BN ditampal di pintu rumah mereka.

"Kami diminta mengundi BN dan kami diberitahu bahawa sesiapa yang menyokong pembangkang tidak akan mendapat bantuan," dakwanya.

Malaysiakini melaporkan kira-kira 100 kotak diedarkan petang tadi.

Kotak itu, dengan pelekar gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil mengandungi nasi, Milo, biskut, susu tepung dan sardin dalam tin.

Ia juga dilekatkan dengan tulisan "Akhirkan Zaman Miskin".

Seorang lelaki yang memakai kemeja-t BN, dipercayai membantu mengedarkan kotak itu, berkata hanyalah "satu bentuk bantuan".

Tetapi apabila ditanya lanjut, beliau hanya menjawab "tak ada apa-apa".

Sementara itu Timbalan Pengerusi PAS Pahang Hamzah Jaafar yang ditemui di tempat itu mendakwa perkara itu merupakan satu bentuk rasuah.

Manakala ADUN Tras daripada DAP Chong Siew Onn pula berkata perkara itu bertentangan dengan undang-undang pilihan raya dan akan melaporkannya kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya. [Malaysiakini]


ReJaM© "Seperti biasa gerombolan songkok tinggi akan kata, sebenarnya penyokong PAS yang bagi bantuan ini untuk memburukkan BN"
Ruangan iklan dibuka! Hanya RM50/15 days
.........................................................................
[Ads] Peluang memenangi Samsung Galaxy Tab 7.7

10 comments:

Anonono berkata...

bak kata nik aziz..

bui beras, ambik..
bui minyak, ambik..
bui gulo, ambik..

tapi kalu bui kertas undi, pakoh bule..

Tanpa Nama berkata...

Amik, jangan tak amik. Nama je bantuan kerajaan, tapi asal dari duit rakyat.

Tanpa Nama berkata...

orang memberi kita merasa,,,,tk amik t bodoh sombong pulak,,u all kat sana tk dapat ke,,,

Orang Bujang berkata...

1Bantuan 1Undi, oklah tu.. :( Harap2 dapatlah mereka merasa tak mcm penduduk Tenang barangan mereka dihanyutkan banjir selepas pilihanraya..

Kamal Sanusi berkata...

Apa nak dikecohkan sgt dengan rasuah pilihanraya di DUN Kerdau?

Bagi um-NO rasuah tidak salah kalau mereka yg memberinya kerana kalau dikatakan salah sudah tentu mereka tidak mempunyai KJ sebagai Ketua Pemuda sekalipun disahkan memberi rasuah.

Mana ada salah sebab kalo salah sudah tentu Ali Ketam tak jadi Ketua Menteri negeri yg ada sekolah termengandung.

Kalo salah dah tentu Isa tak jadi ADUN dan tak jadi pengerusi FELDA.

Kesimpulannya, mereka di dalam um-NO ni merasakan diri mereka lebih tuhan dari Allah S.W.T kerana halal haram mereka yg menentukannya.

MAMA DEBIK berkata...

ini dalil ayat yang dipakai oleh rosmah mansor di DUN kerdau:

[b]wal badaki min kuntum tak lamun
innna lakum pi rembattun hartaron tanahkon tudm
pi sukaron shiokon shopping kan nal likum tak lamun
wal maajnoon en na ha tak li bun
qiarikom sapu rembaton apasaje hah[/b]

Tanpa Nama berkata...

tk taulah bila adun bn tempat aku ni nk berkorban demi rakyt kt sini..keh keh keh keh...

kot kot dlm tahun ni..dpt lah wifi percuma tempat aku ni..jalanraya baru...tiang lampu baru...peneroka mcm mak aku tentu dpt bonus...keh keh keh keh..

Tanpa Nama berkata...

Tu bukan rasuah tapi tu subsidi la,

Ambik je, bende free...

-wakleman

Tanpa Nama berkata...

barang haram korang nak makan ke...biar miskin harta,jangan miskin iman

man berkata...

ingat, janagn samakan ayat al-quran dengan menggunakan bahasa lain.

Catat Ulasan

1-Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda, terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan.
2-Tolong berikan komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja, jangan lari topik, nak cerita benda lain pergi tempat lain.
3-Elakkan memaki tak tentu pasal(biar kena pada tempatnya), tunjukkan anda bijak berhujah.
4.Komen TANPA NAMA yang dirasakan merapu, Hit and Run, akan DIPADAM Harap maklum!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.