Home » , » Najib kata dunia yang anggap Ikhwanul Muslimin pengganas

Najib kata dunia yang anggap Ikhwanul Muslimin pengganas



Sebelum ini laporan National Review tentang ucapan Najib benar-benar mengejutkan kita apabila Najib secara terang-terangan mengelarkan Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas, dan Yusuf Qaradhawi sebagai membawa kesesatan [National review].

Namun begitu hari ini apabila ditanya oleh pemberita, Najib menafikan dakwaan bahawa beliau mendakwa Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas. Sebaliknya Najib berkata, dunia yang memandang Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas [M'sia Insider].



Kata Najib,
“Saya tak kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) ini kumpulan pengganas. Saya kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) boleh ambil bahagian dalam pilihan raya dengan syarat menolak keganasan dan fahaman ekstremis, sebab ini (kumpulan pengganas adalah) pandangan umum terhadap Muslim Brotherhood, bukan pandangan saya,”
Dunia mana yang menganggap Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas? Dunia mana yang menganggap Sheikh Yusuf Qaradhawi sebagai pengganas? Jelas sekali negara-negara kafir harbi yang memberikan pandangan Ikhwanul Muslimin dan Yusuf Qaradhawi sebagai pengganas. Mengapa Najib turut menjadi agen negara kafir untuk menasihatkan Ikhwanul Muslimin? Dan jelas sekali Najib mengakui pandangan negara Kafir Harbi untuk menggelar Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas.

Kalau Najib tiada rasa curiga kepada Ikhwanul Muslimin, untuk apa menasihati mereka agar jangan menerima keganasan dan fahaman ekstrimis? Wajarkah seorang ayah tiba-tiba menasihatkan cikgu Matematik agar jangan merogol murid-muridnya?



 
Hubungi : Facebook | Twitter
Copyright © 2012. MiLo SuaM - Peringatan! Jangan percaya bulat-bulat info daripada blog ini. Gunakan akal fikiran anda!
Template modified from Wordpress Hack
tracker Powered by Blogger