[Ads] Saksikan kisah-kisah yang memberikan inspirasi kepada warga Malaysia klik sini [#ProjectListen]

11/02/2011

Mubarak tidak akan berpisah dari Mesir sehingga dikebumikan

Kongsi

KAHERAH, 11 Feb — Presiden Mesir Hosni Mubarak terus menolak tuntutan penunjuk perasaan sambil menegaskan, beliau akan kekal menerajui negaranya sehingga pemilihan September ini.

Komen beliau dalam ucapan menerusi televisyen muncul ketika sesetengah pihak mendakwa Hosni akan berundur segera.

Sehubungan itu kata Hosni (gambar), beliau akan menyerahkan sebahagian kuasa kepada naibnya Omar Suleiman tetapi tiada butiran diberikan.

Awal bulan ini beliau berjanji tidak akan bertanding buat penggal keenam September ini ketika tunjuk perasaan masuk hari yang ke-17.

“(Saya) tidak boleh dan tidak akan menerima arahan-arahan dari luar (supaya berundur),” katanya sambil menegaskan akan kekal sebagai ketua negara sehingga pemilihan presiden September.

“Saya tidak akan berpisah dari tanah Mesir sehingga saya dikebumikan,” kata Hosni lagi.

Sejurus selepas ucapan Hosni, Omar berkata, beliau komited untuk melakukan apa sahaja bagi memastikan peralihan kuasa secara aman.

Katanya, beliau komited untuk memenuhi tuntutan rakyat menerusi dialog, yang sudah pun bermula dan bersetuju untuk merangka pelan ke arah peralihan kuasa.

“Kami telah membuka pintu untuk dialog... tuntutan akan dipenuhi mengikut jadual (yang ditetapkan),” katanya.

Omar berkata, tentera telah memberi perlindungan kepada “revolusi orang muda” dan menasihatkan penunjuk perasaan agar “kembali ke rumah” masing-masing dan “balik bekerja.[M'sia Insider]


ReJaM© "Keras betul kepala Mubarak ni, nampaknya perkara lebih buruk akan berlaku"
Ruangan iklan dibuka! Hanya RM50/15 days
.........................................................................
[Ads] Peluang memenangi Samsung Galaxy Tab 7.7

4 comments:

Sokong BN berkata...

Orang bodoh je yang suka demo-demo ni..
Tak ada masaalah sengaja cari masaalah..
Biarlah pemimpin nak buat apa utk kerajaan yg penting
korang selamat sudahlah... Cari masaalah buat ape?!!

JAKA berkata...

Ye btul org atas ni.
Tu sebab umno lately rajin buat demo. kt PPinang, kat Selangor, KJ dulu pun buat kat Kedutaan US.

Bangang betul kan umno. Berkuasa pun masih nak demo. Buat apa umno cari masalah, kan dh makan diri sendiri. Mahahtir kata demo bukan budaya melayu. TU sebab dia pusing malaysia masa nk cabut kuasa sultan.

Apa bodoh umno ni, tkde masalah cari masalah

Tanpa Nama berkata...

hahaha.. ye la, BODOH betul UMNO buat demo kat Penang.. Kesian pulak tengok,, ada kuasa tapi buat demo jalanan.. memang bodoh UMNO ni kan? Sokong BN cakap Bodoh buat demo.. so, aku cakap memang dia orang BODOH pun, BN BODOH, UMNO BODOH, yg sokong UMNO pun BODOH.. hahahaha..

Melyuis berkata...

Masalah Mesir sebenarnya sudah lama berlaku, rakyat brmasalah, walaupun rakyat mesir sudah lama bermasalah, dalam ekonomi dan politik, walaupun negara mereka kebanyakan Islam, tapi pengaruh kristian masih kuat. Arab berketurunan kristian.

Catat Ulasan

1-Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda, terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan.
2-Tolong berikan komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja, jangan lari topik, nak cerita benda lain pergi tempat lain.
3-Elakkan memaki tak tentu pasal(biar kena pada tempatnya), tunjukkan anda bijak berhujah.
4.Komen TANPA NAMA yang dirasakan merapu, Hit and Run, akan DIPADAM Harap maklum!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.